JABATAN PERGIGIAN PEDIATRIK

Jabatan Pergigian Pediatrik adalah salah satu daripada rangkaian jabatan klinikal yang terdapat di Hospital Tengku Permaisuri Norashikin. Ia terletak di aras 2 dalam bangunan Pusat Rawatan Wanitan dan Kank-Kanak.

Ia merupakan pusat rujukan dan menerima kes-kes untuk rawatan intensif bagi kes-kes yang dirujuk dari wad-wad, jabatan-jabatan lain di hospital dan klinik-klinik kerajaan dan swasta dari sekitar daerah Hulu Langat. Kes yang dirujuk merupakan kes trauma, pesakit kanak-kanak istemewa serta yang mepunyai masalah perubatan. Sejak ia ditubuhkan pada awal tahun 2012, Jabatan Pergigian Pediatrik Hospital Tengku Permaisuri Norashikin berfungsi sebagai sebuah jabatan yang berdiri sendiri dan sekarang jabatan ini memiliki 25 orang kakitangan tetap.

"Your Smile Starts Here"

Jabatan Pergigian Pediatrik menyediakan perkhidmatan pergigian komprehensif dan mesra kanak-kanak untuk bayi, kanak-kanak dan remaja termasuk mereka yang berkeperluan khas. Kami fokus kepada pencegahan, rawatan awal, pengurusan tingkah laku dan pendidikan kesihatan mulut agar setiap anak dapat tumbuh dengan senyuman sihat dan yakin.

  1. Menyediakan rawatan pencegahan, kuratif dan rehabilitatif untuk kanak-kanak terutama mereka yang berkeperluan khas.

  2. Memastikan pesakit mencapai tahap "orally-fit" - bebas daripada gejala atau penyakit mulut aktif.

  3. Melatih kakitangan melalui CME, CPD dan latihan jarak ajuh

  4. Memberikan perawatan yang mesra, prihatin dan menyeronokkan.

  5. Meningkatkan kemahiran profesional melaui krusus, seminar dan bengkel.

  6. Menyertai penyelidikan berkaitan kesihatan pergigian kanak-kanak.

Image

Kami menawarkan rawatan diagnostik, terapeutik dan pembedahan mulut untuk pesakit berumur 16 tahun ke bawah termasuk pesakit dalaman dan pesakit luar. Keutamaan di berikan kepada:

  • Kanak-kanak yang mengalami trauma gigi dan mulut

  • Kanak-kanak dengan penyakit kronik atau masalah perubatan seperti jantung kongenital, diskrasia darah, kanser atau transplant

  • Kanak-kanak dengan masalah pembelajaran seperti syndrome down atau ADHD.

  • Kanak-kanak dengan kecacatan fizikal atau agangguan deria seperti penglihatan, pendengaran dan pertuturan.

  • Kanak-kanak dengan ketidaknormalan kongenital atau orofasial seperti klef mulut/ lelangit.

  • Kanak-kanak yang fobia atau kurang bekerjasama semasa rawatan.

  • Kanak-kanak dengan karies gigi awal atau tidak terkawal.

  • Kanak-kanak dengan anomali kegigian seperti amelogenesis imperfecta, dentino genesis imperfecta, hypodontia dan gigi tambahan.

 

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN

  1. Rawatan asas pergigan

  2. Fluorida Topikal

  3. Pengapan Fisur

  4. Penskaleran mulut penuh & penggilapan

  5. Pencabutan gigi desidus, gigi kekal & akar tertinggal

  6. Tampalan gigi desidus & gigi kekal

  7. Rawatan kanal gigi

  8. Korona Keluli Tahan Karat (Stainless Steel Crown)

  9. Pembentukan gigi palsu

  10. Rawatan Trauma Pergigian & Tisu mulut

  11. Interseptif Ortodontik/ Habit Breaker

  12. Aplians boleh tanggal

  13. Alat penyelenggara ruang

  14. Patologi & Perubatan Mulut

  15. Bengkak Muka

  16. Lepuh & ulser Mulut

  17. Keabnormalan tisu keras & tisu lembut pergigian

  18. Behaviour Managemnet

  19. Rawatan di bawah Sedasi Nitrous Oxide

  20. Rawatan di bawah Pembedahan Bius Umum

  21. Terapi Myofunctional

 

Jadual Klinik/ Waktu Operasi  

 WCC

Hari

Pagi

 Waktu Rehat

Petang

Isnin - Khamis 

8.00 pagi - 1.00 tengahari 

1.00 tengahari -  2.00 petang

2.00 petang - 5.00 petang 

Jumaat

8.00 pagi - 12.15 tengahari

12.15 tengahari -  2.45 petang

2.45 petang - 5.00 petang

Sabtu, Ahad & Cuti

Tutup

 

 Nombor Telefon Jabatan Pergigian Pediatrik:

 HTPN

 03-8751 8412

 Samb.

 

📍   HOSPITAL TENGKU PERMAISURI NORASHIKIN
    Jalan Semenyih
43000 Kajang
Selangor Darul Ehsan
📍   PUSAT RAWATAN WANITA DAN KANAK-KANAK
    Hospital Tengku Permaisuri Norashikin
Lengkok Jalan Semenyih
43000 Kajang
Selangor Darul Ehsan
     
☎️   +603-8913 3333
📧   helpdeskhkjg@moh.gov.my
🌏   jknselangor.moh.gov.my/htpn
  www.facebook.com/hospitalkajangofficial

 

Hari Ini: 156
Minggu Ini: 639
Bulan Ini: 4,442
Jumlah Pengunjung: 1,290,881
     

Imbas kode QR untuk paparan mobile