JABATAN ORTOPEDIK
Jabatan Ortopedik Hospital Tengku Permaisuri Norashikin merupakan sebuah unit klinikal terpenting yang bertanggungjawab dalam penyediaan perkhidmatan perubatan khusus berkaitan diagnosis, rawatan pembedahan serta pemulihan gangguan sistem muskuloskeletal termasuk tulang, sendi otot ligamen dan tendon. Jabatan ini memberi fokus kepada pendekatan rawatan berasaskan bukti dengan sokongan pasukan pakar ortopedik, pegawai perubatan, penolong pegawai perubatan, jururawat, pembantu perawatan kesihatan dan profesional kesihatan yang lain yang berkemahiran tinggi dan berdedikasi untuk memastikan keselamatan serta kualiti rawatan pesakit. Selain perkhidmatan klinikal, jabatan ini juga menyediakan kemudahan pendidikan pesakit, latihan praktikal untuk pelajar perubatan dan paramedik serta penyelarasan perkhidmatan dengan unit lain seperti kecemasan dan rehabilitasi untuk memastikan penjagaan yang meyeluruh. Menerusi integrasi penjagaan multi-disiplin dan penggunaan amalan yang selras dengan piawaian kebangsaan, Jabatan Ortopedik berdedikasi untuk membantu pesakit mencapai permulihan optimum serta meningkatkan kualiti hidup.
Menyediakan Rawatan Perubatan Pakar yang berkualiti, cekap dan memnuhi keperluan pelanggan
Memastikan perkhidmatan rawatan mengikut piawaian yang diterima pakai
Mempertingktakan kemahiran profesionalisme melalui latihan dan pembelajaran berterusan.
Mewujudkan sistem pemantauan yang berterusan bagi memperkukuhkan penyampaian perkhidmatan.
Menyediakan perkhidmatan rawatan dan penjagaan pesakit yang selesa, selamat dan sejahtera untuk pelanggan dan warga kerja.
Memastikan pengurusan pesakit dilaksanakan selaras dengan piawaian klinikal dan Sistem Pengurusan Kualiti (seperti MS ISO dan amalan terbaik KKM).
Peratusan pesakit yang menunggu kurang daripada atau sama dengan (≤) 75 minit untuk berjumpa doktor di Klinik Pesakit Luar Ortopedik selepas selesai prosedur yang telah dirancang.

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN
Penyediaan perkhidmatan diagnostik dan rawatan untuk penjagaan pesakit luar Ortopedik
Penyediaan kemudahan perkhidmatan bilik plaster dan prosedur minor seperti suntikan sendi, cucian luka, membuka external fixator, k-wire dan jahitan
Penyediaan kemudahan untuk pendidikan pesakit dan kaunseling
Penyedian kemudahan untuk latihan praktikal bagi Paramedik, Pelajar Perubatan dan pasca siswazah serta latihan perkhidmatan untuk kakitangan
Penyedian perkhidmatan Perundingan Ortopedik kepada Jabatan Kecemasan
Penyedian kemudahan untuk penyelarasan dan penyediaan laporan perubatan dan insurans
Menyediakan perkhidmatan pesakit dalam untuk rawatan pembedahan trauma dan elektif, immobilisasi dan pemulihan, kawalan sakit, pengendalian luka dan fisioterapi di dalam wad.
Jadual Klinik/ Waktu operasi
Hari | Pagi (8.00 pagi - 1.00 tengahari) | 1.00 petang - 2.00 petang | Petang (2.00 petang - 5.00 petang) |
|---|---|---|---|
Isnin | Klinik Ortopedik Am |
Waktu Rehat | Pengurusan Rekod Pesakit Sesi Pembelajran Rekod Pesakit Siswazah |
Selasa | Klinik Ortopedik Am Klinik Ortopedik Kanak- Kanak (CTEV CLINIC) | Pengurusan Rekod Pesakit
CME | |
Rabu | Klinik Ortopedik Am | Pengurusan Rekod Pesakit
Sesi Pembelajaran Pegawai Perubatan Ortopedik | |
Khamis | Klinik Ortopedik Am | Pengurusan Rekod Pesakit
Sesi Pembelajaran Pegawai Perubatan Ortopedik | |
Jumaat | Klinik Ortopedik Kanak -Kanak Am Klinik Ortopedik Am (Injection Clinic) |
| Pengurusan Rekod Pesakit
Hands On Training |
Bagi pesakit yang ingin mendapatkan tarikh temujanji setelah mempunyai surat rujukan dari klinik kesihatan, klinik swasta, hospital kerajaan atau hospital swasta. Sila scan QR ini dan tarikh temujanji akan diberikan melalui email dan SMS dalam tempoh 4 hari bekerja. Jika maklumat tidak lengkap/ tidak jelas atau TIADA SURAT RUJUKAN YANG SAH tarikh temujanji tidak akan diberi.

Nombor Telefon Jabatan Ortopedik: | |
|---|---|
HTPN | 03-8913 3333 |
Samb. | 1285 |
WCC | 4252 |
