JABATAN ANESTESIOLOGI
Jabatan Anestesiologi & Rawatan Kritikal Hospital Tengku Permaisuri Norashikin (HTPN) menawarkan perkhidmatan anestesia, rawatan kritikal dan sokongan perioperatif untuk pesakit yang menjalani pembedahan serta pesakit kritikal di hospital. Perkhidmatan jabatan merangkumi dua lokasi utama: Bangunan Utama (Main Building) dan Kompleks Wanita dan Kanak-Kanak (KWKK).
Di Bangunan Utama, jabatan mengendalikan 3 Dewan Bedah serta Unit Rawatan Kritikal (ICU) dengan kapsiti 6 katil. Di KWKK, perkhidmatan Anestesia meliputi kes Obstetrik dan Pediatrik dengan 1 Dewan Bedah Kecemasan, 2 Dewan Bedah Elektif dan ICU berkapasiti 6 katil. Jabatan turut menyokong pergerakan pesakit kritikal menjalankan penjagaan perioperatig menyeluruh serta menyediakan perkhidmatan Acute Pain Services (APS). Selain itu, unit teknikal seperti Respiratori Heamodinamik Unit (RHU) berperanan memastikan peralatan anestesia dan rawatan kritikal berada dalam keadaan selamat, bersih dan berfungsi optimum.
Meningkatkan keselamatan, keselesaan dan kualiti perkhidmtan anestesia dan rawatan kritikal di HTPN
Memperkasakan ilmu dan kemahiran kakitangan melalui latihan berterusan.
Memastikan pesakit menerima rawatan yang terbaik mengikut keperluan klinikal.
Menyokong aktiviti audit dan kajian bagi penambahbaikan berterusan.
Memastikan peralatan dan pemantauan seiring dengan keperluan perkhidmatan.
Kadar reintubation selepas extubation di ICU dalam tempoh 48 jam adalah kurang daripada 5 peratus daripada kemasukkan pesakit di ICU.

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN
Penjagaan perioperatif (pra-, pre- dan pasca -pembedahan)
Perkhidmatan anestesia am & regional
Monitored Sedation untuk prosedur
Pengurusan pesakit kritikal di ICU
Perkhidmatan Acute Pain Services (APS) dan penilaian awal kes Chronic Pain (dengan rujukan ke institusi Kanser Negara (IKN) (jika perlu)
Reusitasi dan sokongan kecemasan hospital-wide
Pengurusan airway dan sokongan hayat lanjutan.
|
Jadual Klinik/ Waktu Operasi |
|
|---|---|
|
Isnin |
8.00 pagi - 5.00 petang |
|
Selasa |
|
|
Rabu |
|
|
Khamis |
|
|
Jumaat |
|
|
Nombor Telefon Jabatan Anestesiologi: |
|
|---|---|
|
HTPN |
03 - 8913 3333 |
|
Samb. |
|
|
Bangunan Utama (Klinik Pakar 1) |
1239 |
|
Kompleks Wanita & Kanak - Kanak (Pakar Pembedahan/ Ortopedik) |
4248 |
