PERUTUSAN PENGARAH HOSPITAL
Salam Sejahtera,
Selamat datang diucapkan ke Laman Web Rasmi Hospital Tengku Permaisuri Norashikin. Laman Web Rasmi Hospital Tengku Permaisuri Norashikin ini adalah merupakan satu lagi usaha Hospital Tengku Permaisuri Norashikin dalam mempertingkatkan lagi kualiti perkhidmatan yang disediakan khususnya dari segi penyebaran maklumat-maklumat seperti profil, fungsi dan perkhidmatan yang disediakan oleh Hospital Tengku Permaisuri Norashikin. Portal ini juga bertujuan untuk memudahkan komunikasi di antara pelanggan dan Hospital Tengku Permaisuri Norashikin. Adalah menjadi harapan saya agar laman web ini dapat memberi maklumat berguna yang diperlukan oleh pelanggan.
Saya amat mengalu-alikan pandangan dan komen anda bagi membantu kami dalam usaha-usaha untuk mempertingkatkan lagi kualiti perkhidmatan yang disediakan kepada semua pelanggan. Saya juga menyeru kepada anggota Hospital Tengku Permaisuri Norashikin agar menerapkan moto "Kami Sedia Membantu" dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam memberikan layanan kepada pelanggan agar dapat memenuhi ekspektasi pelanggan terhadap terhadap Hospital Tengku Permaisuri Norashikin.
Akhir kata saya ingin mengucapkan syabas dan terima kasih kepada semua yang telah memberi sumbangan penting dalam pembinaan Laman Web Rasmi Hospital Tengku Permaisuri Norashikin ini. Diharapkan usaha-usaha pengemaskinian maklumat mengenai perkhidmatan sentiasa dilakukan dari masa ke semasa oleh ketua-ketua jabatan dan ketua-ketua unit di Hospital Tengku Permaisuri Norashikin ini.
Selamat melayari Laman Web Rasmi Hospital Tengku Permaisuri Norashikin.
| DR. HJ. MUHD. SIV AZHAR MERICAN BIN ABDULLAH | 
| Pengarah Hospital Hospital Tengku Permaisuri Norashikin Selangor | 

 
				
