UNIT PERKEMBANGAN PROFESSION PAKAR & PEGAWAI PERUBATAN

Unit Perkembangan Profesion Pakar & Pegawai Perubatan Hospital Tengku Permaisuri Norashikin berperanan sebagai unit sokongan strategik dalam merancang, menyelaras dan memantau pembangunan profesional pakar, pegawai perubatan siswazah secara berstruktur dan berterusan.

Unit ini menyokong pembangunan kompetensi klinikal dan kerjaya serta memudah cara pelaksanaan inisiatif berkaitan, termasukpendidikan perubatan berterusan (CME), clinical Practice Guideline (CPG), credentialing dan privileging, serta program pembangunan pegawai perubatan siswazah, selaras dengan keperluan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Unit ini turut berfungsi sebagai platform penyelarasan antara jabatan klinikal dan pentadbiran dalam menyokong penyampaian perkhidmatan kesihatan yang selamat, berkesan dan selaras dengan keperluan governans klinikal di peringkat hospital.

  1. Menyelaras tadbir urus credetialing dan privileging bagi menyokong kompetensi klinikal tenaga perubatan.

  2. Menyokong pelaksanaan pendidikan perubatan berterusan melalui aktiviti CME dan Clinical Practice Guideline (CPG)

  3. Memantau pematuhan profesional termasuk sijil Perakuan Amalan Tahunan (APC), credentialing dan privileging selaras dengan keperluan KKM.

  4. Menyokong pelaksanaan orientasi dan pembangunan awal pegawai perubatansiswazah termasuk pembangunankebolehan kendiri dan kesejahteraan profesional.

  5. Menyokong penyelarasan penempatan pakar dan pegawai perubatan di peringkat hospital.

Sedang di kemaskini

Image

Credential dan Privileging

  • Penyelarasan proses, dokumentasi dan pemantauan berkaitan credentialing dan privileging bagi menyokong kompetensi klinikal tenaga perubatan di peringkat hospital dan kluster

Pendidikan Perubatan Berterusan (CME & CPG)

  • Penyelarasan dan sokongan pelaksanaan aktiviti CME serta penggunaan Clinical Practice Guideline (CPG) dalam amalan kilikal

Pemantauan Pematuhan Profesional (APC)

  • Sokongan untuk pemantauan status pematuhan profesional, termasuk APC, selaras dengan keperluan KKM.

Orientasi, Pembangunan dan Kesejahteraan Pegawai Perubatan Siswazah

  • Penyelarasan program orientasi pegawai perubatan siswazah bagi menyokong kefahaman terhadap tedbir urus klinikal dan budaya keselamatan pesakit

  • Sokongan kepada inisiatif kesejahteraan profesional termasuk program HEARTSS/ Kitsukoroi dan persekitaran kerja yang kondusif

Perancangan Perjawatan dan Penempatan Pegawai Perubatan

  • Sokongan sekretariat dan penyelarasan jawatankuasa berkaitan Jawatankuasa Penempatan Pegawai Perubatan

  • Penyelarasan perancangan perjawatan dan ABM termasuk pengumpulan input, dokumentasi dan sokongan analisis kepada pengurusan hospital

Sedang di kemaskini

📍   HOSPITAL TENGKU PERMAISURI NORASHIKIN
    Jalan Semenyih
43000 Kajang
Selangor Darul Ehsan
📍   PUSAT RAWATAN WANITA DAN KANAK-KANAK
    Hospital Tengku Permaisuri Norashikin
Lengkok Jalan Semenyih
43000 Kajang
Selangor Darul Ehsan
     
☎️   +603-8913 3333
📧   helpdeskhkjg@moh.gov.my
🌏   jknselangor.moh.gov.my/htpn
  www.facebook.com/hospitalkajangofficial

 

Hari Ini: 111
Minggu Ini: 1,075
Bulan Ini: 3,772
Jumlah Pengunjung: 1,290,211
     

Imbas kode QR untuk paparan mobile