JABATAN BEDAH MULUT & MAKSILOFASIAL

Jabatan Bedah Mulut dan Maksilofasial atau lebih dikenali sebagai OMFS (Oral & Maxillofacial Surgery) Hospital Tengku Permaisuri Norashikin adalah salah satu bidang pergigian dan sentiasa menjadi perantara diantara bidang perubatan dan pergigian. Kepakaran ini bertanggungjawab untuk membuat diagnosis dan rawatan pembedahan bagi kes patologi dan trauma pada mulut, muka, tulang rahang, kepala, leher, dan struktur yang berkaitan.

Kepakaran Bedah Mulut dan Maksilofasial juga terlibat dalam perancangan Three Dimension (3D) untuk rekabentuk Implan-prostesis serta rekonstruksi Oro-maksilofasial selari dengan permintaan dan teknologi terkini. Kini, pasukan OMFS Hospital Tengku Permaisuri Norashikin diterajui oleh dua (2) orang Pakar OMFS, sepuluh (10) orang Pegawai Pergigian dan 15 kakitangan sokongan. Fasiliti jabatan ini merangkumi empat buah kerusi rawatan, sebuah makmal, bilik seminar, bilik x-ray yang dilengkapi dengan mesin OPG-CBCT serta kaunter pendaftaran dan ruang menunggu yang selesa untuk pesakit.

  1. Memberi khidmat rawatan komprehensif yang merangkumi penentuan diagnosis penyakit, rawatan dan rehabilitasi kepada semua pesakit, yang mempunyai masalah pembedahan mulut dan maksilofasial untuk membaik pulih dari aspek fungsi, estetik dan peningkatan kualiti hidup melalui konsep 'orally-fit'.

  1. Kes trauma Oro-Maksilofasial yang memerlukan pembedahan Open Reduction Internal Fixation (ORIF) di bawah bius umum dilakukan dalam tempoh empat belas (14) hari selepas trauma.

Image

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN

  • Kes Kecemasan dan Trauma Oral & Maksilofasial ( Emergencies and Maxillofacial Trauma)

  • Infeksi Oral & Maksilofasial (Oral and Maxillofacial Infections)

  • Sumbing/ klef Bibir & Lelangit (Cleft Lip & Palate)

  • Patologi Sendi Temporomandibular (Temporomandibular Joint - TMJ)

  • Patologi Tulang Rahang (Jaw Pathology)

  • Patologi Kelenjar Airliur (Salivary Gland Pathology)

  • Masalah Tulang Muka (Dentofacial Deformity eg: Orthognathic Surgery)

  • Kanser Mulut * Maksilofacial (Oral Maxillofacial Cancer)

  • Kesakitan Saraf Muka (Facial Neuralgia)

  • Patologi & Perubatan Mulut (Oral & Maxillofacial Pathology and Oral Medicine)

  • Patologi diagnostik pengimejan maksilofasial (Maxilofacial diagnostic and Imaging)

  • Pembedahan dentoalveolar (Dentoalveolar & Minor Oral Surgery)

  • Prothesis Maksilofasial (Maxillofacial Prothesis)

  • Pembedahan Preprostetik (Preprosthetic Surgery)

  • Implant oro-maksilofasial (Oromaxillofacial implants)

  • Forensik Odontologi (Forensic Odontology)

  • Perkhidmatan Pegawai atas panggilan (oncall) dan juga rawatan di bawah bius am dan setempat (General & Local Anesthesia)

  • dan semua kes-kes berkaitan Pembedahan Mulut & Maksilofasial

Image

 

 Nombor Telefon Jabatan Pembedahan Mulut & Maksilofasial

 HTPN

03-8913 3333/ 03-8913 3290

 Samb.

 1574/ 1576

 e-Mail

omfshkj@moh.gov.my

Social Media Tiktok

omfs.htpn

 

📍   HOSPITAL TENGKU PERMAISURI NORASHIKIN
    Jalan Semenyih
43000 Kajang
Selangor Darul Ehsan
📍   PUSAT RAWATAN WANITA DAN KANAK-KANAK
    Hospital Tengku Permaisuri Norashikin
Lengkok Jalan Semenyih
43000 Kajang
Selangor Darul Ehsan
     
☎️   +603-8913 3333
📧   helpdeskhkjg@moh.gov.my
🌏   jknselangor.moh.gov.my/htpn
  www.facebook.com/hospitalkajangofficial

 

Hari Ini: 160
Minggu Ini: 643
Bulan Ini: 4,446
Jumlah Pengunjung: 1,290,885
     

Imbas kode QR untuk paparan mobile