UNIT HAL EHWAL ISLAM
Unit Hal Ehwal Islam adalah sebuah unit di bawah Hospital Tengku Permaisuri Norashikin. Unit ini Bertanggungjawab mengendalikan, menyelaraskan dan melaksanakan latihan dan program penerapan Nilai-nilai Islam kepada warga kerja Hospital, merealisasikan dasar Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mewujudkan konsep Hospital Mesra Ibadah (HMI) serta menyediakan dan melaksanakan perkhidmatan dan kemudahan yang berkaitan Hal Ehwal Islam.
Mewujudkan suasana hospital yang mesra ibadah kepada pesakit dengan menerapkan konsep ibadah kepada pesakit
Meningkatkan kemahiran anggota untuk menangani masalah permasalahan ibadah
Meningkatkan persefahaman dalam permasalahan fiqh perubatan
Menjelaskan isu dan permasalahan yang berkaitan dengan ibadah pesakit
Mengaplikasikan sokongan kerohanian kepada pesakit
Melatih pegawai perubatan dan jururawat dengan TOT Pengurusan Solat/ Ibadah Pesakit

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN
Khidmat nasihat Agama
Bacaan dan Doa Harian
Rujukan dan nasihat tentang hukum dan fatwa
Kursus dan Latihan Mesra Ibadah
Bilik Solat yang bersih
Ziarah ke Wad
Troli Ibadah yang mengandungi kelengkapan ibadah
Pengurusan jenazah
Petugas yang mesra
Nombor Telefon Unit Hal Ehwal Islam: | |
|---|---|
HTPN | 03-8913 3333 |
Samb. | 1354 |
