UNIT PKEWANGAN & HASIL
Unit Hasil merupakan satu unit yang memberikan perkhidmatan utamanya iaitu mendaftarkan pesakit dalam dan luar, melaksanakan kutipan bayaran bil yang berkaitan caj rawatan pesakit yang mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Permaisuri Norashikin (HTPN), Selangor. Bagi tujuan kemudahan kepada pelanggan HTPN ini terutamanya pesakit, Unit Hasil telah dibahagikan kepada Kaunter Utama dan Kaunter Pendaftaran Klinik Pakar.
HTPN menggunakan Sistem Pendaftaran Pesakit Dalam (SPPD) bagi mendaftarkan pesakit ke wad manakala Sistem Pengurusan Pesakit (SPP) bagi mendaftar pesakit luar.
Memastikan caj rawatan adalah mengikut Akta Fee1951, Perintah FI (Perubatan) 1982 [P.U.(A) 359/82), Perintah FI (Perubatan) Pindaan (No.2) 1994 [P.U.(A) 468/94], Perintah FI (Perubatan) (Pindaan) 2003 [P.U.(A) 6/2003], Perintah FI (Perubatan) (Kos Perkhidmatan) 2014, Perintah FI (Perubatan)(Pindaan) 2017 dan berpandukan kepada prosedur-prosedur kewangan yang telah ditetapkan.
Memastikan 95% pendaftaran pesakit di Unit Hasil dilakukan dalam masa 15 minit.

- Pendaftaran pesakit dalam dan luar serta menerima deposit hospital - Unit hasil mendaftar pesakit masuk ke wad sebagai dalam manakala pesakit luar adalah pesakit yang mendapatkan rawatan tanpa dimasukkan ke wad 
 
- Mengeluarkan bil hospital untuk bayaran caj siasatan dan rawatan pesakit - Unit Hasil mengeluarkan bil hospital berdasarkan Kepingan Caj Hospital yang dikemukan oleh wad berdasarkan prosedur perubatan yang diterima oleh pesakit. 
 
- Memproses permohonan pengecualian bayaran bil hospital - Unit Hasil mengemakini pengecualian bayaran bil hospital dalam Sistem Pendaftaran Pesakit Dalam (SPPD) setelah mendapat kelulusan Pengarah dan Pegawai yang diberi kuasa. 
 
- Memungut pelbagai bayaran selain daripada bil hospital - Unit Hasil mengeluarkan resit setelah menerima bayaran balik Emolumen Terlebih Bayaran daripada kakitangan, bayaran sewaan premis dan bayaran deposit kuarters di Hospital Tengku Permaisuri Norashikin. 
 
 
				
