UNIT KEJURURAWATAN
Unit Kejururawatan Hospital Tengku Permaisuri Norashikin merupakan unit teras yang menyokong pencapaian visi dan misi hospital dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti, selamat dan berfokuskan pesakit . Unit ini memainkan peranan penting dalam memastikan penyampaian penjagaan kejururawatan yang berkesan, beretika dan berteraskan nilai profesionalisme selaras dengan dasar Kementerian Kesihatan Malaysia dan Lembaga Jururawat Malaysia khususnya.
Unit Kejururawatan ini diketuai oleh seorang Ketua Penyelia Jururawat Hospital dan dibantu oleh dua Penyelia Jururawat Gred U9. Dibawah struktur Unit Kejururawatan, terdapat seramai 13 orang Penyelia Jururawat Kawasan daripada pelbagai bidang kepakaran yang turut dibantu oleh seorang Ketua Jururawat dan seorang Jururawat Terlatih Warga kejururawatan bertanggungjawab melaksanakan penjagaan pesakit secara menyeluruh di wad, unit rawatan harian dan klinik, merangkumi aspek pencegahan, rawatan, pemulihan serta pendidikan kesihatan kepada pesakit dan ahli keluarga bagi memastikan kesinambungan penjagaan yang berkesan dan optimum.
Selain penjagaan klinikal, Unit Kejururawatan turut menyokong usaha hospital dalam aspek keselamatan pesakit, kawalan jangkitan, pengurusan risiko dan pematuhan kepada polisi serta prosedur kerja yang ditetapkan. Penekanan juga diberikan kepada pembangunan modal insan melalui latihan dan peningkatan kompetensi secara berterusan bagi memastikan perkhidmatan yang diberikan sentiasa relevan, cekap dan berkesan.
Menyediakan perkhidmatan penjagaan kejururawatan yang berkualiti, cekap dan memenuhi keperluan pelanggan.
Memastikan keselamatan pesakit dan pematuhan kepada polisi serta garis panduan hospital sentiasa diutamakan.
Meniingkatkan tahap kepuasan pesakit dan keluarga terhadap perkhidmatan kejururawatan.
Memperkasakan pembangunan sumber manusia melalui latihan dan pemantauan prestasi berterusan.
Menyokong usaha hospital dalam penambahbaikan berterusan kualiti perkhidmatan kesihatan.
- Memastikan jururawat melakukan ISBAR mengikut senarai semak yang telah ditetapkan oleh JKNS.

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN
Unit Perkhidmatan Kejururawatan Hospital Tengku Permaisuri Norashikin terdiri daripada:
Perkhidmatan jagarawatan berkaitan Perubatan Am
Perkhidmatan jagarawatan berkaitan pembedahan (Pembedahan Am, Opthalmologi, ORL, OMFS, Pergigian Pediatrik)
Perkhidmatan jagarawatan berkaitan Obstetrik dan Ginekologi
Perkhidmatan kejururawatan Pediatrik
Kawasan khusus (ICU, CCU, HDW, dan NICU) Teater Operasi/ CSSD
Ortopedik
Perkhidmatan kejururawatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma
Perkhidmatan jagarawatan pesakit luar iaitu Unit Rawatan Harian/ Klinik Pakar
