UNIT PENJAGAAN LUKA
Pada tahun 2012, Ketua Pengarah Kesihatan menyarankan setiap hospital perlu menubuhkan Unit/ Pasukan penjagaan luka. Sehubungan dengan itu, Pasukan Penjagaan Luka Hospital Kajang telah ditubuhkan pada tahun yang sama. Disebabkan oleh kekurangan kakitangan dan kemahiran dalam penjagaan luka, pasukan ini telah mula beroperasi tetapi tidak sepenuhnya.
Pada tahun 2018, Unit Penjagaan Luka Hospital Kajang telah ditubuhkan selari dengan arahan penubuhan dari Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) dan berfungsi sepenuhnya. Unit ini bertujuan memberi perkhidmatan penjagaan luka yang optimum mengikut garis panduan yang telah disediakan.
Menyediakan perkhidmatan kepakaran penjagaan luka yang berkualiti kepada pesakit serta memastikan ke semua kakitangan mendapat latihan dan pembelajaran berterusan dan mempromosikan penyelidikan penjagaan luka untuk mengekalkan perawatan penjagaan luka ke tahap optimum agar kepuasan hati pelanggan dapat dipenuhi.
Objektif Khusus
Mewujudkan pasukan penjagaan luka yang terlatih melalui latihan berkala.
Memberikan perkhidmatan penjagaan luka yang sistematik, seragam, berkualiti dengan pendekatan holistik kepada pesakit.
Memastikan rawatan holistik kepada setiap pesakit luka melalui penglibatan langsung dari setiap jabatan melalui penubuhan Jawatankuasa Penjagaan Luka Hospital dan lantikan Liaison dan supervisor wound dari setiap ward dan klinik di HTPN Kajang.
Meningkatkan kepuasan bekerja di kalangan kakitangan dengan adanya proses kerja yang sistematik dan kerjasama dari pelbagai disiplin.

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN
Memberikan rawatan penjagaan luka kepada pelbagai jenis luka kronik bagi pesakit dalam (inpatient) dan luar (outpatient - klinik pakar)
Memastikan rawatan luka adalah secara holistik termasuk penekanan rawatan punca luka, pemakanan, keperluan off - loading dan langkah - langkah intervensi bagi mempercepatkan penyembuhan luka dan sebagainya.
Jadual Klinik/ Waktu Operasi: | |||
|---|---|---|---|
Hari | Pagi (8.00 pagi - 1.00 tengahari) | Waktu Rehat | Petang (2.00 petang - 5.00 petang) |
Isnin | - | 1.00 tengahari - 2.00 petang | Pesakit Luar (Daycare WCC) |
Selasa | - | Pesakit Luar (Klinik Pakar 2) | |
Rabu | Pesakit Luar (Klinik Pakar 2) | - | |
Khamis | Pesakit Luar (Daycare WCC) | - | |
Jumaat | Pesakit Luar (Klinik Pakar 2) | 12.15 tengahari - 2.45 petang | - |
Nombor Telefon Unit Penjagaan Luka: | |
|---|---|
HTPN | 03-8913 3333 |
Samb. | 3314 |
