JABATAN DIETETIK & SAJIAN
Jabatan Dietetik dan Sajian (JDS) merupakan salah satu Perkhidmatan Sokongan Klinikal di hospital Tengku Permaisuri Norashikin, Kajang yang meyediakan
Perkhidmatan Dietetik Klinikal
Perkhidmatan Sajian Makanan
Untuk memastikan perkhidmatan dietetik klinikal dan perkhidmatan sajian makanan cemerlang melalui penyampaian perkhidmatan secara profesional, berkualiti dn mengutamakan pelanggan.
Peratusan pesakit dalam (in patient) yang menerima sekurang-kurangnya 75% daripada keperluan tenaga yang disarankan dalam tempoh 5 hari selepas permulaan pemberian pemakanan diet cecair (Standard > 90%)
Peratusan pesakit dalam yang berpuas hati dengan kualiti perkhidmatan sajian makanan di Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia ( Standard > 90%)

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN
Perkhidmatan Dietetik Klinikal
- Beroperasi setiap hari mulai 7.30 pagi hingga 5.00 petang
Memberi Medical Nutrition Therapy kepada pesakit dalam dan luar yang dirujuk oleh Pegawai Perubatan
Skop perkhidmatan adalah meliputi Bangunan Utama dan Pusat Rawatan Wanita dan Kanak-Kanak
Tatacara rujukan dilakukan menggunakan dua (2) kaedah:
i. Manual (borang rujukan) di Bangunan Utama
ii. Elektonik (SPP.ai) di Pusat Rawatan Wanita dan Kanak-Kanak
Perkhidmatan Sajian Makanan
Perkhidmatan sajian makanan dijalankan secara outsource oleh syarikat yang dilantik bagi kedua-dua fasiliti iaitu Bangunan Utama dan Pusat Rawatan Wanita dan Kanak-Kanak
Pemantauan ke atas syarikat outsource dijalankan oleh Pegawai/ Penolong Pegawai Penyediaan Makanan berdasarkan spesifikasi kontrak yang ditetapkan
Bekalan diet normal atau teraputik yang disediakan meliputi pelanggan seperti berikut:
i. Pesakit dalam
ii. Pegawai Perubatan bertugas atas panggilan ( Doktor On-Call)
iii. Petugas Bilik Bedah
iv. Pesakit di Unit Rawatan Harian
v. Pesakit di Unit Hemodialisis
vi. Pending admission patient di Jabatan Kecemasan
vii. Mother Accompanied Child (MAC)
viii. Jadual waktu hidangan makanan di wad adalah seperti berikut:
Hidangan | Waktu Hidangan di Wad |
|---|---|
Sarapan | 7.00 pagi - 8.00 pagi |
Makan Tengahari | 12.00 tengahari - 1.00 petang |
Minum Petang | 3.00 petang - 4.00 petang |
Makan Malam | 6.00 petang - 7.00 petang |
JADUAL KLINIK / WAKTU OPERASI
Bangunan Utama |
|---|
Klinik Diet | Isnin - Khamis | 8.30 pagi - 1.00 petang |
Klinik DMTAC | Isnin (Minggu 1 & 4) | 2.30 petang - 4.30 petang |
Klinik Penjagaan Luka | Rabu (Minggu 1) | 8.30 pagi - 12.30 tengah hari |
Klinik Psikiatri | Jumaat (Minggu 1 & 3) | 8.30 pagi - 12.30 tengah hari |
Klinik Obesiti | Khamis (Minggu 2) | 2.30 petang - 4.30 petang |
Home Visit Psikiatri | Isnin (Minggu 2 & 4) | 2.00 petang - 4.30 petang |
Pusat Rawatan Wanita dan Kanak-Kanak |
|---|
Klinik Diet Pediatrik | Isnin, Selasa dan Rabu | 8.30 pagi - 1.00 petang |
Klinik Diet O&G | Khamis Selasa (sebulan sekali) | 8.30 pagi - 1.00 petang |
Klinik DM Type 1 | Selasa | 2.00 petang - 4.30 petang |
Kelas Diet Antenatal | Rabu (sebulan sekali) | 9.30 pagi - 10.30 pagi |
Nombor Telefon Jabatan Dietetik dan Sajian: | |
|---|---|
HTPN | 03-8913 3333/ 1363 |
WCC | 4150/ 4151 |
