JABATAN REHABILITASI
Jabatan Perubatan Rehabilitasi terdiri daripada 3 unit berasingan iaitu Unit Perubatan Rehabilitasi, Unit Fisioterapi dan Unit Pemulihan Carakerja. Jabatan ini diketuai oleh Dr Mohd Hasnor bin Mahmod , sebagai Ketua Jabatan. Unit Perubatan Rehabilitasi bermula di Hospital Tengku Permaisuri Norashikin pada tahun 2022 dan klinik pesakit luar masih berada di tempat sementara iaitu di Klinik Pakar 2 (MOPD) manakala workstation berada di Klinik Pakar 2 (SOPD) . Perkhidmatan yang diberikan adalah melibatkan perkhidmatan rehabilitasi bagi pesakit dalaman dan luar.
Menyediakan perkhidmatan rehabilitasi yang berkesan dan tepat pada masanya bagi pesakit dengan keperluan khas.
Meningkatkan penggunaan peralatan perubatan yang relevan untuk pemulihan yang lebih cepat dan berkesan.
Menjalin kerjasama dengan pihak luar serta organisasi berkaitan untuk memperkasa perkhidmatan rehabilitasi.
Memastikan pesakit yang didaftarkan di Klinik Pakar menerima rawatan doktor dalam masa 60 minit.
Kes baharu yang dirujuk dari wad akan diberikan temujanji pesakit luar Klinik Pakar Rehabilitasi dalam tempoh 4 - 6 minggu.
Memeriksa pesakit yang dirujuk di wad dalam tempoh 24 jam dari masa rujukan diterima.

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN
Skop Perkhidmatan Pesakit Dalaman (periphery ward)
Spinal Rehabilitation, Stroke/Neuromedical Rehabilitation, Neurosurgical Rehabilitation.
Perkhidmatan pesakit dalaman juga meliputi beberapa aktiviti seperti:
Interdisciplinary Round bersama-sama dengan team members. Termasuk Unit fisioterapi, unit cara kerja serta Unit Terapi Pertuturan dan Bahasa
Family Meeting bersama-sama dengan pesakit dan keluarga/ penjaga untuk membincangkan perihal perkembangan rehabilitasi pesakit dari masa ke semasa.
Pesakit Luar
Klinik Perubatan Rehabilitasi – (Hari Isnin dan Rabu setiap minggu di Klinik Pakar 2)
Merangkumi: Klinik Amputee, Klinik Neuromedical dan Neurosurgical Rehabilitation
Daycare Rehab: (Bermula Februari 2026) Pesakit pesakit yang dipilih dari sesi klinik pesakit luar dapat menjalani program Daycare Rehab di Unit Daycare selama 3 hari (Isnin hingga Rabu)
Sedang dikemaskini
