UNIT TERAPI CARA KERJA
Unit Terapi Cara Kerja, HTPN terletak di dua lokasi iaitu di Bangunan Utama bersebelahan Taman Terapeutik dan di Aras 2 Jabatan Rehabilitasi, Pusat Rawatan Wanita dan Kanak-Kanak HTPN. Unit ini mula beroperasi sepenuhnya pada Oktober 1999 dengan kekuatan seorang Jurupulih Carakerja dan sehingga kini telah berkembang dengan 21 anggota.
Memberikan Perkhidmatan Terapi Cara Kerja yang berkualiti, selamat, tepat dan berkesan bagi membantu pelanggan mencapai tahap kefungsian optima dari aspek kognitif, fizikal, emosi dan sosial seterusnya dapat hidup berdikari dalam aktiviti kehidupan seharian, pekerjaan dan aktiviti masa lapang sehingga dapat kembali semua ke pangkuan masyarakat.
Sedang dikemaskini

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN
Skop perkhidmatan Terapi Cara Kerja yang kami sediakan meliputi pesakit Luar dan pesakit Dalam serta merangkumi displin Perubatan Rehabilitasi, Orthopedik, Medikal, Surgikal, Pediatrik, Psikiatri, Neurologi, Rehabilitasi Pekerjaan dan Rehabilitasi Pemanduan.
Modaliti rawatan yang ditawarkan Oleh Perkhidmatan Pemulihan Carakerja Hospital Kajang ialah:
Activities Of Daily Living Assessment And Training
Instrumental Activities Daily Living Assessment And Training
Motor Functional Assessment And Training
Cognitive And Perceptual Assessment And Training
Developmental Assessment And Training
Sensory Assessment And Training
Wheelchair Assessment And Training
Community Placement Assessment And Visit
Behavior Assessment And Management
Aids Adaptation
Compression Therapy
Social Skill Assessment And Training
Patients’ And Carers’ Education
Play And Leisure (Exploration Training)
Relaxation Therapy
Splint And Orthotics
Pre School Assessment And Training
Work assessment and training
Driving assessment
Jadual Klinik/ Waktu Operasi: | |||
|---|---|---|---|
Hari | Pagi | Waktu Rehat | Petang |
Isnin - Khamis | 8.00 pagi - 1.00 tengahari | 1.00 tengahari - 2.00 petang | 2.00 petang - 5.00 petang |
Jumaat | 8.00 pagi - 12.15 tengahari | 12.15 tengahari - 2.45 petang | 2.45 petang - 5.00 petang |
Nombor Telefon Unit Terapi Cara Kerja: | |
|---|---|
HTPN | 03-8913 3333/ 3636 |
WCC | 4225 |
