UNIT SUMBER MANUSIA
Unit Sumber Manusia (USM) Hospital Tengku Permaisuri Norashikin (HTPN), Kajang berperanan penting dalam memastikan pengurusan modal insan dilaksanakan secara cekap, sistematik dan berintegriti. Unit ini bertanggungjawab menguruskan hal ehwal perkhidmatan anggota termasuk urusan penjawatan, latihan, penilaian prestasi serta kebajikan kakitangan selaras dengan dasar dan peraturan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Sehingga kini, Hospital Tengku Permaisuri Norashikin, Kajang mempunyai sebanyak 2,443 penjawatan yang terdiri daripada pelbagai kategori perkhidmatan seperti bidang perubatan, pengurusan dan teknikal, bagi memastikan kelancaran operasi hospital serta penyampaian perkhidmatan kesihatan yang berkualiti kepada pesakit dan masyarakat setempat.
Pengurusan Perjawatan
Memastikan pengisian jawatan dilaksanakan mengikut tempoh yang ditetapkan.
Latihan Staf
Memastikan peratusan latihan satf (sekurang-kurangnya 5 hari setahun) dipatuhi.
Kenaikan Pangkat/ Tatatertib
Menguruskan urusan kenaikan pangkat dan tatatertib secara adil dan efisien.
Kebajikan
Menguruskan rekod perkhidmatan dan kebajikan anggota dengan sistematik
Memastikan setiap anggota baru menghadiri kursus induksi dalam tempoh 1-3 tahun untuk tujuan pengesahan jawatan. Sasaran ≥ 80%.

Perkhidmatan
Melaksanakan semua aktiviti merekod, menyemak dan menyelaras dalam urusan perkhidmatan bagi kakitangan di HTPN, Kajang seperti berikut:-
Urus setia Panel Pembangunan Sumber Manusia dan Pentadbir Sistem PPSM;
Menguruskan permohonan Anjakan Gaji kepada pegawai yang telah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan;
Membuat edaran surat penyiaran kenaikan pangkat bagi semua jawatan apabila ada arahan daripada KKM;
Menguruskan aktiviti kenaikan pangkat, pemangkuan dan Khas Untuk Penyandang (KUP);
Urus setia bagi Jawatankuasa Penempatan dan Pertukaran di HTPN, Kajang;
Merekod, memproses dan mengedarkan Sijil Amalan Tahunan bagi Pegawai Perubatan;
Menguruskan urusan tanggung kerja bagi anggota HTPN, Kajang; dan
Menyedia, menyemak dan merekod Laporan Perubahan (KEW.8) bagi pegawai - pegawai di HTPN, Kajang.
Perjawatan
Mengendalikan data perjawatan HTPN, Kajang mengikut waran;
Menyelaras dan mengemaskini maklumat penyandang HTPN, Kajang mengikut bangsa, jantina dan OKU mengikut jawatan;
Membuat permohonan perwujudan perjawatan melalui ABM Tahunan;
Mengurus Sistem Aplikasi HRMIS;
Menguruskan Pengisytiharan Harta;
Memproses permohonan dan kelulusan Lawatan Keluar Negara bagi semua pegawai HTPN, Kajang;
Menyelaras urusan bagi Pengambilan Jawatan mystep di HTPN, Kajang; dan
Menyediakan laporan - laporan Tatatertib untuk dikemukakan ke JKN Selangor.
Integriti
Urusetia Lembaga Tatatertib Kumpulan Sokongan (No.2) HTPN, Kajang; dan
Menyediakan laporan - laporan Tatatertib untuk dikemukakan ke JKN Selangor.
Fungsi Unit Latihan
Unit Latihan bertanggungjawab dalam mengendalikan kursus dan latihan kepada pegawai dan anggota HTPN, Kajang. Kursus dan latihan yang dikendalikan terdiri dari kursus wajib dan lain-lain kursus bagi tujuan meningkatkan kompetensi pegawai dan anggota. Unit latihan bertanggungjawab bagi melaksanakan fungsi-fungsi berikut:-
Merancang latihan dalam perkhidmatan takwim beserta anggaran peruntukkan sepanjang tahun dari setiap jabatan dan unit;
Menguruskan permohonan peruntukkan latihan dalam perkhidmatan;
Menguruskan latihan yang dianjurkan oleh angensi luar (kursus paramedik dan kursus bukan paramedik);
Menguruskan permohonan pelajar - pelajar perubatan / elektif / klinikal dan latihan industri;
Menguruskan permohonan pos basik;
Menguruskan orientasi bagi kakitangan baru ke hospital kajang melalui dalam talian dan fizikal (bar kod disediakan);
Menyediakan laporan perbelanjaan latihan dalam perkhidmatan ke Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) sebeleum 5hb setiap bulan;
Menguruskan permohonan kakitangan baru untuk Prograk Transformasi Minda (PTM); dan
Merekod pergerakan kursus paramedik dan kursus bukan paramedik
Nombor Telefon Unit Sumber & Latihan: | |
|---|---|
HTPN | 03-8751 8412 |
Sumber Manusia |
|
Latihan |
|
