UNIT KESELAMATAN

Unit Keselamatan Hospital Tengku Permaisuri Norashikin bertanggungjawab memastikan keselamatan, ketenteraman dan kesejahteraan seluruh warga hospital termasuk pesakit, pelawat, kakitangan serta harta benda hospital sentiasa terpelihara. Unit ini berperanan sebagai barisan hadapan dalam kawalan keselamatan fizikal hospital melalui pemantauan, rondaan, kawalan akses, pengurusan insiden keselamatan dan pematuhan kepada prosedur keselamatan kerajaan serta polisi hospital.

  1. Mengurangkan insiden keselamatan seperti kecurian, pencerobohan dan gangguan ketenteraman.

  2. Memastikan kawalan akses hospital berjalan dengan teratur dan sistematik

  3. Menyediakan persekitaran hospital yang selamat dan selesa kepada pesakit dan pelawat

  4. Meningkatkan tahap kesiapsiagaan menghadapi kecemasan dan bencana

  5. Memastikan pengurusan harta benda pesakit dan hospital dilakukan dengan selamat

Image

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN

  1. Kawalan Keselamatan Hospital

  2. Rondaan Keselamatan

  3. Pengurusan Insiden Keselamatan

  4. Pemantauan Sistem Keselamatan

  5. Pengurusan Trafik dan Tempat Letak Kereta

  6. Pengurusan Harta Benda Pesakit

  7. Kawalan Disiplin dan Pematuhan Polisi Hospital

  8. Bantuan Keselamatan Kepada Pesakit dan Pelawat

 Nombor Telefon Unit Keselamatan:

 HTPN

 03-8888 8913

 Samb.

 1120

📍   HOSPITAL TENGKU PERMAISURI NORASHIKIN
    Jalan Semenyih
43000 Kajang
Selangor Darul Ehsan
📍   PUSAT RAWATAN WANITA DAN KANAK-KANAK
    Hospital Tengku Permaisuri Norashikin
Lengkok Jalan Semenyih
43000 Kajang
Selangor Darul Ehsan
     
☎️   +603-8913 3333
📧   helpdeskhkjg@moh.gov.my
🌏   jknselangor.moh.gov.my/htpn
  www.facebook.com/hospitalkajangofficial

 

Hari Ini: 256
Minggu Ini: 256
Bulan Ini: 4,059
Jumlah Pengunjung: 1,290,498
     

Imbas kode QR untuk paparan mobile