JABATAN PSIKIATRI

Hospital Tengku Permaisuri Kajang (HTPN) terletak di kawasan timur Bandar Kajang dalam Daerah Hulu Langat, Negeri Selangor Darul Ehsan. Menurut rekod sejarah, hospital ini telah dibina pada tahun 1889 di atas tanah seluas kira-kira 16 ekar dan terletak lebih kurang 30 kilometer di tenggara Kuala Lumpur. Perkhidmatan Psikiatri dan Kesihatan Mental di HTPN, yang dahulunya dikenali sebagai Hospital Kajang, telah dimulakan sejak tahun 1998. Perkhidmatan ini berkembang secara berperingkat sehingga pelaksanaan Projek Naik Taraf Jabatan Psikiatri & Kesihatan Mental di bawah Rancangan Malaysia Ke-9. Perkhidmatan Psikiatri & Kesihatan Mental HTPN mula beroperasi secara rasmi melalui dua bangunan baharu, iaitu Bangunan Klinik Pakar Psikiatri & Kesihatan Mental serta Wad 8 pada tahun 2011.

Jabatan Psikiatri & Kesihatan Mental HTPN merupakan salah satu jabatan yang menyediakan perkhidmatan psikiatri di kawasan selatan Selangor dan merupakan satu-satunya pusat yang menawarkan perkhidmatan pesakit dalam bagi kawasan ini. Jabatan ini diterajui oleh seorang Ketua Jabatan dan dibantu oleh seorang Timbalan Ketua Jabatan. Operasi jabatan disokong oleh pasukan multidisiplin yang terdiri daripada pakar psikiatri, pegawai perubatan, penolong pegawai perubatan, jururawat terlatih, penolong pegawai kesihatan, pegawai psikologi klinikal serta jurupulih perubatan carakerja. Pasukan ini bekerjasama secara bersepadu dalam menyediakan perkhidmatan rawatan, pemulihan dan sokongan kesihatan mental yang komprehensif kepada pesakit. Bangunan Klinik Pakar Psikiatri dan Wad 8 terletak di kawasan tengah hospital. Bangunan Klinik Pakar Psikiatri dilengkapi dengan kemudahan seperti bilik konsultasi, bilik rawatan, bilik kaunseling dan bilik mesyuarat. Ruang kerja bagi Ketua Jabatan, pakar psikiatri, pegawai perubatan serta anggota kesihatan lain turut disediakan bagi menyokong pelaksanaan tugasan klinikal dan urusan pentadbiran jabatan. Bangunan Wad 8 mempunyai kapasiti sebanyak 20 katil, iaitu 12 katil untuk pesakit lelaki dan 8 katil untuk pesakit wanita. Selain kemudahan rawatan, wad ini turut dilengkapi dengan ruang taman terapeutik yang direka bentuk bagi menyokong proses pemulihan pesakit.

Jabatan Psikiatri & Kesihatan Mental HTPN menawarkan perkhidmatan psikiatri yang komprehensif merangkumi rawatan psikiatri am dan subkepakaran. Antara perkhidmatan yang disediakan termasuk rawatan pesakit dalam, rawatan pesakit luar melalui Klinik Pakar Psikiatri serta perkhidmatan Unit Psikiatri Komuniti. Jabatan ini juga menyediakan perkhidmatan subkepakaran psikiatri merangkumi psikiatri ketagihan, psikiatri geriatrik serta psikiatri kanak-kanak dan remaja. Perkhidmatan Terapi Elektrokonvulsif (ECT) turut ditawarkan bagi kes-kes terpilih berdasarkan penilaian klinikal. Seiring dengan perkembangan perkhidmatan kesihatan di HTPN, perkhidmatan Psikiatri Kanak-kanak dan Remaja telah diperkukuhkan selari dengan pembukaan Hospital Wanita dan Kanak-kanak HTPN. Perkhidmatan ini mula beroperasi di bangunan baharu pada 15 Februari 2025.

  1. Menyediakan perkhidmatan psikiatri dan kesihatan mental yang berkualiti, cekap dan memenuhi keperluan para pelanggan

  2. Memastikan perkhidmatan rawatan psikiatri mengikut piawaian yang diterima pakai serta penjagaan pelanggan yang selesa, selamat dan sejahtera bagi para pelanggan dan warga kerja

  3. Mempertingkatkan kemahiran profesionalisme warga kerja melalui latihan dan pembelajaran berterusan kepada semua anggota jabatan

  4. Mewujudkan sistem pemantauan yang berterusan bagi memperkukuhkan kualiti penyampaian perkhidmatan psikiatri

  5. Menggalakkan penglibatan aktif warga kerja dalam aktiviti penyelidikan dan program peningkatan kualiti perkhidmatan

  1. Mengekalkan kadar keciciran pesakit luar klinik Pakar Psikiatri & Kesihatan Mental dibawah paras 10 % daripada jumlah temujanji sebulan.

  2. Memastikan kadar kemasukan semula ke Wad 8 dalam tempoh masa 3 bulan dari tarikh discaj tidak melebihi 20%.

Image

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN

  1. Perkhidmatan Klinik Pesakit Luar Psikiatri
    • Klinik Psikiatri Am

    • Klinik Psikiatri Kanak-kanak dan Remaja

    • Klinik Psikiatri Geriatrik

    • Klinik Psikiatri Ketagihan

    • Klinik Clozapine

    • Klinik Pesakit Penjara

    • Klinik Saringan Kes AADK

    • Klinik Penilaian Permohonan OKU

    • Klinik Defaulter (Kes Cicir)

    • Klinik Early Review

    • Perkhidmatan Psikologi Klinikal (Psikoterapi & Penilaian Psikologi)

  2. Perkhidmatan Pesakit Dalam Psikiatri

    • Ward Perempuan (8 katil)

    • Ward Lelaki (12 katil)

  3. Unit Psikiatri komuniti dan Pusat Kesihatan Mental Komuniti (MENTARI)

    • Perkhidmatan Psikiatri Komuniti (CPS)

    • Sokongan Pekerjaan - Penempatan dan Sokongan Individu

    • Program Peralihan ke Alam Pekerjaan

    • Terapi Rekreasi

  4. Perkhidmatan Konsultasi-Liaison

  5. Perkhidmatan Klinik Psikiatri Lawatan

    • Penjara Kajang

    • Hospital Putrajaya (Klinik Psikiatri Geriatrik)

  6. Perkhidmatan Terapi Elektrokonvulsif (Electroconvulsive Therapy)

    Perkhidmatan Terapi Elektrokonvulsif (ECT) di Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental telah mula dilaksanakan pada tahun 2017. Perkhidmatan ini dijalankan secara berjadual hampir setiap hari bekerja, bergantung kepada keperluan klinikal dan kesesuaian pesakit.

    Rawatan ECT disediakan kepada pesakit yang memenuhi indikasi klinikal selaras dengan garis panduan sedia ada, dengan penglibatan pasukan multidisiplin. Pemberian rawatan ini terbahagi kepada dua kategori utama, iaitu rawatan akut dan rawatan penyelenggaraan (maintenance), mengikut fasa rawatan dan respon klinikal pesakit.

  7. Latihan, Penyelidikan dan Pembangunan

    Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental melaksanakan program latihan berjadual secara berkala yang merangkumi semua lapisan anggota jabatan bagi memastikan peningkatan kompetensi dan pembangunan profesional berterusan.

    Seiring dengan pengiktirafan sebagai pusat latihan pasca siswazah pada tahun 2017, pelaksanaan program latihan jabatan telah menjadi lebih terancang, sistematik dan berstruktur. Kehadiran pelajar pasca siswazah turut menyumbang kepada perkembangan aktiviti penyelidikan di peringkat jabatan, yang semakin diperkukuh selaras dengan usaha meningkatkan kualiti perkhidmatan dan amalan berasaskan bukti.

  8. Promosi Kesihatan Mental

    Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental turut melaksanakan aktiviti promosi kesihatan mental secara berterusan sebagai sebahagian daripada usaha pencegahan dan peningkatan kesedaran masyarakat. Aktiviti promosi ini merangkumi paparan bahan pendidikan dan poster kesihatan mental di jabatan, pelaksanaan program psikoedukasi berterusan kepada pesakit dan keluarga, serta program formal seperti ceramah dan sesi pendidikan kesihatan kepada warga hospital.

    Di samping itu, jabatan ini juga terlibat secara aktif dalam pelaksanaan program promosi kesihatan mental bersama agensi luar termasuk institusi pendidikan seperti sekolah serta jabatan dan agensi kerajaan lain. Jabatan turut mengambil bahagian dalam Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia di peringkat hospital, negeri dan kebangsaan.

Jadual Klinik/ Wad 8

 

Hari

Pagi

( 8.00 pagi - 1.00 tengahari)

 

Waktu Rehat

Petang

(2.00 petang - 5.00 petang)

 

 

Isnin

Grand Ward Rounds & Morning Briefing

Klinik Clozapine

Klinik Early Review

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

1.00 petang - 2.00 petang

Klinik Penilaian OKU

Klinik Defaulter

Klinik Psikiatri Ketagihan (Kes Baru)

 

 

 

Selasa

Klinik Psikiatri Am (Kes Ulangan)

Klinik Psikiatri Ketagihan (Ulangan)

Klinik Psikiatri Kanak-Kanak & Remaja

Rondaan Wad 8

Mesyuarat Psikiatri Komuniti Perbincangan dan Kes ECT

 

 

Rabu

Klinik Psikiatri Am (Kes Baru)

Klinik Psikiatri Ketagihan (Kes Baru)

Klinik Psikiatri Geriatrik

Klinik Psikiatri Kanak-kanak & Remaja

Rondaan Wad 8

Klinik Penjara Early Review Latihan (CNE/ Journal Club/ CME)

 

 

 

Khamis

Klinik Psikiatri Am (Kes Ulangan)

Klinik Psikiatri Kanak-Kanak & Remaja

Klinik Ketagihan (ulangan)

Klinik Psikiatri Geriatrik

Rondaan Wad 8

Latihan (Journal Club/ Case Conference/ CME)

 

 

 

Jumaat

Klinik Psikiatri Lawatan ke Penjara Kajang

Klinik Psikiatrik Geriatrik

Rondaan Wad 8

Mesyuarat Jabatan/ Urusan Pentadbiran

Latihan (Case Conference/ JournalClub/ CME)

Latihan (Journal Club/ Cme)

Mesyuarat Ahli Lembaga Pelawat (ALP)

Mesyuarat Sokongan Pekerjaan (SE/ RTW)

Klinik Kes Saringan AADK

 

Sabtu

Rondaan Wad 8

Penilaian kes-kes di Jabatan Kecemasan/ Wad-wad yang lain

 

Ahad

Rondaan Wad 8

Penilaian kes-kes di Jabatan Kecemasan/ Wad-wad yang lain

 

 Jadual Klinik Psikiatri & Kesihatan Mental & Wad 8

 Isnin sehingga Khamis

Perkhidmatan Psikologi Klinikal

(Sesi: Pagi dan Petang)

  Isnin, Rabu dan Jumaat

Perkhidmatan Psikiatri Lawatan ke Rumah (CPS)

Isnin, rabu dan Jumaat pagi (Pesakit Am)

Isnin petang (Pesakit Geriatik)

**Kes Walk-in pada setiap hari bekerja (Isnin-Jumaat)

 

Nombor Telefon Klinik Pakar Psikiatri & Kesihatan Mental:

 HTPN

 03-8913 3333

 Samb.

 3368

 

📍   HOSPITAL TENGKU PERMAISURI NORASHIKIN
    Jalan Semenyih
43000 Kajang
Selangor Darul Ehsan
📍   PUSAT RAWATAN WANITA DAN KANAK-KANAK
    Hospital Tengku Permaisuri Norashikin
Lengkok Jalan Semenyih
43000 Kajang
Selangor Darul Ehsan
     
☎️   +603-8913 3333
📧   helpdeskhkjg@moh.gov.my
🌏   jknselangor.moh.gov.my/htpn
  www.facebook.com/hospitalkajangofficial

 

Hari Ini: 166
Minggu Ini: 649
Bulan Ini: 4,452
Jumlah Pengunjung: 1,290,891
     

Imbas kode QR untuk paparan mobile