UNIT FISIOTERAPI
Unit Fisioterapi merupakan salah satu unit sokongan klinikal yang menyediakan perkhidmatan pemulihan merangkumi pelbagai bidang perubatan seperti ortopedik, neurologi, pediatrik, kesihatan wanita, geriatrik dan lain-lain. Perkhidmatan yang ditawarkan meliputi aspek promosi (promotion), pencegahan (preventive), rawatan (curative), dan pemulihan (rehabilitative). Matlamat utama perkhidmatan ini adalah untuk memaksimumkan tahap pergerakan, kekuatan dan fungsi pesakit, menyokong proses penyembuhan yang optimum serta membantu mereka mencapai tahap berdikari dalam komuniti, sekaligus meningkatkan kualiti hidup.
Memberi perkhidmatan fisioterapi yang komprehensif dan cekap dengan melahirkan Ahli Fisioterapi yang profesional, berpengetahuan terkini, berkemahiran tinggi berasaskan evidence-based practice (EBP) dan mempunyai pengkhususan dalam pelbagai bidang.
Menggalakkan penglibatan pesakit, keluarga atau waris dalam proses rawatan melalui pendidikan kesihatan.
Memberi perkhidmatan yang mesra pelanggan dengan menerapkan nilai-nilai murni.
Memastikan 80% pesakit baru mendapatkan tarikh temujanji dalam mada 15minit dari masa pesakit sampai.

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN
Perkhidmatan Fisioterapi :
Pemulihan Muskuloskeletal/Ortopedik
Pemulihan kardiopulmunori
Pemulihan Neurologi (Dewasa dan kanak-kanak)
Pemulihan Geriatrik
Pemulihan Kecederaan Sukan
Pemulihan kesihatan wanita dan lelaki
Vestibular
Perkhidmatan Multidisiplinari :
Program Pemulihan Amputee
Program Pemulihan Kecederaan Saraf Tunjang (SCI)
Program Pemulihan Strok
Program Pemulihan Kecederaan Otak (TBI)
Program Obesiti
Program Heart Failure
Jadual Klinik/ Waktu Operasi: | |||
|---|---|---|---|
Hari | Pagi | Waktu Rehat | Petang |
Isnin - Khamis | 8.00 pagi - 1.00 tengahari | 1.00 tengahari - 2.00 petang | 2.00 petang - 5.00 petang |
Jumaat | 8.00 pagi - 12.15 tengahari | 12.15 tengahari - 2.45 petang | 2.45 petang - 5.00 petang |
Nombor Telefon Unit Fisioterapi: | |
|---|---|
HTPN | 03-8913 3333/ 3239 |
WCC | 4225 |
