UNIT PENGURUSAN RISIKO DAN SURVELAN KLINIKAL

Unit ini dulu dikenal sebagai Unit Kualiti dan telah dijenamakan semula kepada Unit Pengurusan Risiko dan Survelan Klinikal (UPRSK) pada tahun 2025. Unit ini merupakan sebuah unit sokongan strategik di hospital yang berperanan merancang, menyelaras, memantau dan menilai pelaksanaan aktiviti kualiti, keselamatan pesakit serta tadbir urus klinikal dan pengurusan hospital. Unit ini bertindak sebagai pemudah cara (enabler) kepada jabatan-jabatan klinikal dan bukan klinikal dalam memastikan perkhidmatan kesihatan yang diberikan adalah selamat, berkesan, berteraskan bukti dan mematuhi piawaian yang ditetapkan.

  1. Memastikan pematuhan hospital terhadap piawaian kebangsaan dan antarabangsa seperti MSQH dan ISO.

  2. Memupuk budaya kualiti dan keselamatan pesakit dalam kalangan semua anggota kesihatan.

  3. Menyelaras pelaksanaan program kualiti, audit kritikal, pelaporan insiden dan pengurusan risiko secara sistematik dan berterusan.

  4. Menyokong pengurusan hospital dalam pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang berkaitan dengan kualiti perkhidmatan

  5. Menggalakkan inovasi, penambahbaikan berterusan dan amalan terbaik (best practise) dalam penyampaian perkhidmatan kesihatan

Objektif kualiti ditetapkan selari dengan keperluan akreditasi dan hala tuju strategik hospital, iaitu:

  1. Mencapai dan mengekalkan status akreditasi MSQH/ISO melalui pematuhan piawaian kualiti yang ditetapkan

  2. Memastikan penghantaran reten pelaporan insiden mengikut tempoh yang ditetapkan sebulan sekali

  3. Melaksanakan audit pencapaian bagi KPI yang telah ditetapkan KKM sekurang-kurangnya 2 kali/ tahun

  4. Menyelaras pelaksanaan program kualiti berimpak tinggi seperti Pain Free Hospital, Lean Healthcare dan inovasi QA/QI

Image

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN

  1. Program Survelan Klinikal

    Menguruskan pengumpulan data Hospital Performance Indicator for Accountability (HPIA)/ Key Performance Indicator (KPI)

    • Clinical service Quality Indicator (CLiSQI)

    • Hospital Performance for Accountability Index

    • Satelite Indicators

    • Penjawat Pengurusan Tertinggi Perkhidmatan Awam (PPTPA)

  2. Program Akreditasi dan Piawaian

    • Menyelaras aktiviti MS ISO 9001:2015

    • Program Akreditasi MSQH

    • Menyelaras pencapaian Objektif Kualiti Hospital dan Jabatan

  3. Program Pengurusan Hospital

    • Menyelaras dan menguruskan program Champion bagi Jawatankuasa Wajib di hospital (Must Have Committee)

    • Menyelaras Pelan Tindakan Tadbir Urus JKNS

    • Menyelaras Pelan tindakan Cawangan Pengurusan Risiko dan Survelan Klinikal

    • Menyelaras Program Business Continuity Management System (BCMS)

    • Menyelaras Tadbir Urus Clinical Governance Round (CGR)

  4. Program Keselamatan Pesakit

    • Menyelaras Pelaporan Insiden bagi Keselamatan Pesakit

    • Memantau keberkesanan RCA (Root Cause Analysis) yang dilaporkan

    • Memantau dan menyelaras Pelaporan Malaysia Patient Safety Goals (MPSG) 2.0

    • Melaksanakan aktiviti orientasi Pegawai Perubatan Siswazah MPSG

    • Menyelaras Jawantankuasa Medication Safety, Fall, SSSL

  5. Program Audit Klinikal

    • Menyelaras Program Hospital Bebas Kesakitan

    • Menyelaras Program Audit Klinikal

    • Memantau pelaporan Perioperative Mortality Review (POMR)

  6. Program Peningkatan Kualiti

    • Menyelaras Jawatankuasa Quality Assurance

    • Menyelaras Program Inovasi/ KIK

    • Lean Healthcare

  7. Program Pembangunan Modal Insan

    • Menyelaras Perlaksanaan Clinical Practice Guideline (CPG)

    • CME Wajib Hospital

  8. Energy Management Programme

    • Menjadi AJK kepada Sustainability Programme

 Nombor Telefon Unit Pengurusan Risiko & Survelan Klinikal

 HTPN

 03-8913 3333

 Samb.

 1159, 1162

📍   HOSPITAL TENGKU PERMAISURI NORASHIKIN
    Jalan Semenyih
43000 Kajang
Selangor Darul Ehsan
📍   PUSAT RAWATAN WANITA DAN KANAK-KANAK
    Hospital Tengku Permaisuri Norashikin
Lengkok Jalan Semenyih
43000 Kajang
Selangor Darul Ehsan
     
☎️   +603-8913 3333
📧   helpdeskhkjg@moh.gov.my
🌏   jknselangor.moh.gov.my/htpn
  www.facebook.com/hospitalkajangofficial

 

Hari Ini: 170
Minggu Ini: 866
Bulan Ini: 4,669
Jumlah Pengunjung: 1,291,108
     

Imbas kode QR untuk paparan mobile