UNIT PEMBANGUNAN & PEROLEHAN
Unit Perolehan dan Pembangunan Hospital Tengku Permaisuri Norashikin diterajui oleh seorang Pegawai Tadbir & Diplomatik Gred M12. Fungsi utama Unit Perolehan adalah untuk mengendalikan urusan perolehan jabatan-jabatan dan unit di Hospital yang merangkumi bekalan am dan bukan ubat, pembelian aset perubatan dan pembelian aset bukan perubatan. Unit perolehan menjadi urusetia bagi perolehan sebut harga, melaksanakan urusan pembelian terus serta menjadi penyelaras PTJ bagi perolehan ke Lembaga Perolehan di Kementerian Kesihatan Malaysia bagi pertimbangan dan kelulusan.
Unit Pembangunan bertanggungjawab untuk mengawalselia projek pembangunan, kerja-kerja naik taraf secara lantikan terus (nilai projek bawah (50,000.00), sebut harga (nilai projek di atas RM50,000.00 hingga RM800,000.00). Unit ini juga berperanan memantau pelaksanaan projek, memantau kerja-kerja Pengujian dan Pertaulihan (T&C) aset dan fasiliti baru dan memastikan Tempoh Tanggungan Kecatatan (Defect Liability Period) diuruskan dengan berkesan.
Menyelia dan menguruskan semua proses perolehan bekalan, perkhidmatan dan kerja dilaksanakan dengan berintegriti berlandaskan peraturan dan undang-undang yang berkuatkuasa
Merancang proses pembangunan serta menyelaraskan projek-projek pembangunan agar tahap keselesaan dan suasana kerja yang lebih kondusif dapat disediakan bagi menambahbaik pengalaman pesakit yang menerima rawatan di fasiliti dan bagi semua warga kerja yang menyampaikan perkhidmatan; dan
Memastikan semua urusan perolehan yang berkaitan bekalan, perkhidmatan dan kerja adalah selari dengan dasar Kerajaan yang sedang berkuatkuasa dan menyampaikan perkhidmatan kesihatan.

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN
Menguruskan perolehan secara Pembelian Terus, Sebut Harga dan Tender dari tempoh 1 Januari 2026 sehingga 31 Disember 2026;
Menguruskan perolehan melalui Kontrak Pusat & Kontrak Pusat Sistem Panel; dan
Pengurusan Kerja-kerja Pembangunan selaras dengan Pekeliling Perbendaharaan Malaysia (PP PK 6.2 - Kaedah Perolehan Kerajaan) dan tatacara perolehan kerja berkaitan yang berkuatkuasa.
Nombor Telefon Unit Pembangunan dan Perolehan: | |
|---|---|
HTPN | 03-8751 8412 |
Perolehan | 1353 |
Pembangunan | 4908 |
