JABATAN PERGIGIAN PENJAGAAN KHAS
Kepakaran Pergigian Penjagaan Khas adalah bidang kepakaran pergigian yang masih baharu di Malaysia berbanding dengan kepakaran pergigian yang sedia ada. Bidang ini telah diiktiraf sebagai salah satu bidang kepakaran pergigian oleh Jabatan Perkhidmatan Awam pada tahun 2008. Kepakaran ini ditubuhkan bagi mengendalikan kesihatan mulut pesakit orang kurang upaya dari pelbagai aspek seperti kekurangan upaya fizikal, intelektual, psikologikal, psikiatrik, masalah perubatan yang kompleks dan golongan warga emas yang mempunyai masalah kesihatan dan perubatan yang memerlukan rawatan rapi. Malaysia merupakan negara pertama di Asia Tenggara yang memberi pengiktirafan terhadap kepakaran ini.
Kini, terdapat lapan orang pakar beserta tiga orang pakar pra-warta yang berkelulusan dalam bidang Pergigian Penjagaan Khas yang bertugas di tujuh buah hospital utama iaitu Hospital Kuala Lumpur (Kuala Lumpur), Hospital Tengku Permaisuri Norashikin (Selangor), Hospital Seberang Jaya (Pulau Pinang), Hospital Queen Elizabeth (Sabah), Hospital Raja Perempuan Zainab II (Kelantan), Hospital Rehabilitasi Cheras dan Pusat Jantung (Sarawak). Hospital Kajang merupakan salah satu hospital yang pertama di Malaysia selain Hospital Kuala Lumpur menyediakan perkhidmatan ini sejak tahun 2013 dan juga merupakan hospital yang pertama di Malaysia mempunyai Klinik Pergigian Penjagaan Khas yang dilengkapi dengan peralatan dan spesifikasi yang lengkap. Klinik ini juga telah dijadikan sebagai ‘bench mark’ bagi penubuhan Klinik Pergigian Penjagaan Khas di hospital lain di Malaysia. Sehingga kini, Jabatan Pergigian Penjagaan Khas, Hospital Kajang mempunyai seorang Pakar Perunding yang juga merupakan Ketua Perkhidmatan Kebangsaan, dan dua orang Pakar Pergigian Penjagaan Khas. Terdapat juga tiga orang Pegawai Pergigian dan lima orang Pembantu Pembedahan Pergigian.
Pasukan Pergigian Penjagaan Khas Hospital Tengku Permaisuri Norashikin juga berkolaborasi dengan hospital-hospital lain dan klinik pergigian di negeri Selangor dengan menjalankan lawatan dan melakukan rawatan pergigian secara berkala. Antara fasiliti yang terbabit ialah Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klinik Pergigian Botanik dan Klinik Pergigian Jalan Rasah, Seremban. Kolaborasi ini bukan sahaja melibatkan disiplin pergigian tetapi disiplin perubatan yang lain seperti Perubatan Geriatrik dan Rehabilitasi.
Disamping itu, bagi meningkatkan akses kepada pesakit berkeperluan khas, perkhidmatan pergigian domisiliari juga disediakan bagi pesakit yang memenuhi kriteria yang ditetapkan di dalam Garispanduan Perkhidmatan Pergigian Domisiliari, Kementerian Kesihatan Malaysia yang diterbitkan pada tahun 2021. Jabatan Pergigian Penjagaan Khas, Hospital Tengku Permaisuri Norashikin adalah merupakan pelopor kepada perkhidmatan ini bagi seluruh negara dan ianya telah dipanjangkan kepada semua negeri di Malaysia bermula pada tahun 2021.
Pada tahun 2022, Jabatan Pergigian Penjagaan Khas ini telah dibangunkan sebagai Pusat Latihan Klinikal dalam bidang ‘Conscious Sedation in Dentistry for Adult Patients’. Teknik ‘Conscious Sedation’ meliputi sedasi oral dan sedasi intravenous bagi pesakit yang mengalami ‘dental anxiety’ yang teruk dan pesakit berkeperluan khas yang berisiko rendah. Ini berpandukan kepada Guideline on Conscious Sedation for Adult Patients yang dibangunkan dan diterbitkan pada tahun 2020.
Memberikan perkhidmatan kesihatan mulut yang bersesuaian, tepat dan menyeluruh kepada semua pesakit yang dirujuk ke jabatan ini.
Selain itu, Jabatan Pergigian Penjagaan Khas juga:
Memberi perkhidmatan perundingan dan mengendalikan pesakit yang dirujuk yang mempunyai masalah berkaitan kesihatan mulut.
Menyediakan perkhidmatan pengimejan pergigian dan perkhidmatan sokongan kesihatan pergigian yang berkaitan.
Memberikan sokongan dan menyediakan perkhidmatan kesihatan mulut dan pergigian yang menyeluruh kepada kumpulan keperluan khas seperti pesakit yang mengalami masalah perubatan, intelektual, psikologi dan psikiatrik.
Memberi latihan kemahiran dan aktiviti penyelidikan di dalam bidang penjagaan khas.
Sekurang-kurangnya 80% kes elektif yang dirujuk ke klinik pakar pergigian penjagaan khas dalam tempoh 6 minggu dari tarikh dirujuk.

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN
Rawatan Pergigian Komprehensif termasuk:
Konsultasi, pemeriksaan pergigian dan radiografi pergigian
Perkhidmatan penskaleran / pembersihan higin mulut
Rawatan restorasi (tampalan, korona mudah)
Rawatan kanal akar
Cabutan gigi
Pembuatan gigi palsu
Rawatan dan nasihat pencegahan
Sedasi dan Bius Umum di Jabatan Pergigian Penjagaan Khas
Teknik-teknik di bawah boleh membantu pesakit mengurangkan rasa bimbang dan membantu pesakit merasa lebih selesa semasa menjalankan rawatan pergigian:
Sedasi Nitrous Oxide
Dalam prosedur ini, gas nitrous oxide digunakan untuk pesakit bernafas yang akan membantu menghilangkan rasa bimbang dan takut tetapi masih lagi sedar sepenuhnya semasa rawatan pergigian dijalankan
Sedasi Intravenous
Ubat anti-kebimbangan yang diberikan kepada pesakit secara IV dan akan menyumbangkan kepada rasa tenang dan selesa
Bius Umum
Prosedur ini mesti dilakukan di Dewan Bedah di mana pesakit akan dikendalikan oleh pakar bius yang akan menyebabkan pesakit tidak sedar sepenuhnya
Rawatan Pergigian Domisilliari
Rawatan pergigian kepada pesakit dirumah atau institusi
Hari | Masa | Rawatan |
|---|---|---|
Isnin |
8.00 pagi - 5.00 petang | Pesakit baru dan temujanji susulan |
Selasa |
Temujanji susulan | |
Rabu | ||
Khamis | ||
Jumaat |
|
Nombor Telefon Jabatan Pergigian Penjagaan Khas: |
|
|---|---|
|
HTPN |
03-8913 3333 |
|
Samb. |
1300 |
