JABATAN KERJA SOSIAL PERUBATAN
Perkhidmatan Kerja Sosial Perubatan Hospital Tengku Permaisuri Norashikin, Kajang (HTPN) beroperasi di dua lokasi utama iaitu di bangunan utama serta di Aras 1, Pusat Rawatan dan Kanak-Kanak. Jabatan ini berperanan dalam memberikan perkhidmatan sokongan psikososial kepada pesakit dan keluarga bagi membantu menangani isu sosial, emosi dan kebajikan yang berkaitan dengan rawatan perubatan.
Secara asasnya, klien jabatan ini terdiri daripada pesakit-pesakit yang dirujuk oleh Pakar atau Pengawai Perubatan yang menerima rawatan di HTPN. Rujukan diberikan khusus kepada pesakit yang tidak berkemampuan untuk menanggung kos-kos pembiayaan rawatan tertentu dan/ atau pesakit yang memerlukan terapi sokongan bagi memastikan kesinambungan rawatan serta kesejahteraan psikososial mereka. Jabatan ini kini diketuai oleh 1 orang Pekerja Sosial Perubatan Gred KUP 12, beserta 3 orang Pegawai Kerja Sosial Perubatan Gred S10, 1 orang Penolong Pegawai Kerja Sosial Perubatan Gred S7 serta 1 orang Pembantu Tadbir MySTEP. Keseluruhan pasukan komited dalam memastikan penyampaian perkhidmatan kerja sosial perubatan yang holistik, berkesan dan berfokuskan kesejahteraan pesakit.




Jadual Klinik/ Waktu Operasi | |||
|---|---|---|---|
Hari | Pagi | Waktu Rehat | Petang |
Isnin - Khamis | 8.00 pagi - 1.00 tengahari | 1.00 tengahari - 2.00 petang | 2.00 petang - 5.00 petang |
Jumaat | 8.00 pagi - 12.15 tengahari | 12.15 tengahari - 2.45 petang | 2.45 petang - 5.00 petang |
Sabtu, Ahad & Cuti | Tutup | ||
Nombor Telefon Jabatan Kerja Sosial Perubatan: | |
|---|---|
HTPN | 03-8751 8412/ 1459/ 1129/ 1273/ 3230 |
WCC | 03-8751 8387/ 4122/ 4123/ 4124 |
