UNIT PENYELIAAN HOSPITAL

Unit Penyeliaan Penolong Pegawai Perubatan merupakan salah satu komponen di bawah Pengurusan Hospital. Unit ini juga merupakan organisasi yang mengurus, menjaga kepentingan profesion dan kebajikan Penolong Pegawai Perubatan (PPP) dan Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK) di Hospital Tengku Permaisuri Norashikin. UPH juga bertanggungjawab sebagai sebuah organisasi yang memantau dan menyelia pematuhan amalan-amalan perubatan yang termaktub di dalam Akta Pembantu Perubatan, Kod Etika Pembantu Perubatan dan Standard Operation Procedure (SOP). Selain itu, UPH turut bertanggungjawab melaksanakan pelan-pelan pembangunan profesion yang telah ditetapkan oleh Hospital Tengku Permaisuri Norashikin, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor dan Cawangan Perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan, Ibupejabat Kementerian Kesihatan Malaysia.

  1. Memastikan perkhidmatan yang diberi oleh Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan dilaksanakan secara profesional, cekap dan berkualiti sepanjang masa.

  2. Mengurus sumber manusia di bawah kawalan dengan cekap dan mengoptimakan bilangan anggota di sesuatu unit atau jabatan mengikut kepentingan perkhidmatan.

  3. Merangka dan melaksanakan program latihan jangka pendek dan jangka panjang secara berterusan dan berkesan kepada anggota di bawah jagaan.

  1. Memastikan pemantauan Penyeliaan Penolong Pegawai Perubatan selepas waktu pejabat ke Jabatan Kecemasan dan Trauma, Unit Ambulans, Wad Psikiatri & Kesihatan Mental, Unit Forensik, dan wad-wad dijalankan setiap hari dalam sebulan.

Image

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN

  1. Pengurusan Sumber Manusia

    • Pengumpulan database perjawatan, permohonan perjawatan baru, orientasi kakitangan baru dan penempatan yang melibatkan profesion PPP dan PPK di Hospital Tengku Permaisuri Norashikin. Pemantauan pegawai di bawah seliaan turut dilaksanakan meliputi kebajikan, tatakelakuan dan disiplin pegawai sebagai penjawat awam.

  2. Pentadbiran

    • Mengadakan mesyuarat ( Mesyuarat Teknikal Penolong Pegawai Perubatan) secara berkala iaitu sekali setiap bulan bagi memastikan kelangsungan urusan pentadbiran perkhidmatan di setiap jabatan/unit dapat dilaksanakan sebaiknya.

  3. Penyeliaan Klinikal

    • Penyeliaan klinikal terhadap pematuhan SOP dan Garis Panduan CPG KKM, dokumentasi klinikal, kawalan jangkitan/ infeksi dan keselamatan pesakit. Pemantauan secara berkala dan tugasan penyeliaan selepas waktu pejabat dilaksanakan bagi memastikan pemantauan klinikal dapat dipantau sepanjang masa.

  4. Pematuhan Akta dan Peraturan

    • Pemantauan dan kawalan kepada PPP mengikut Akta Pembantu Perubatan 180 (Pendaftaran), Etika Pembantu Perubatan dan Tugas dan Tanggungjawab Pembantu Perubatan serta pekeliling-pekeliling semasa.

  5. Pengurusan Latihan

    • Bertanggungjawab merancang, merangka dan meyelaraskan program-program latihan yang dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran PPP dan PPK. Program - program yang terlibat adalah seperti Program Penempatan Wajib PPP (PPW), Pos Basik, CME PPP, Kursus Pelan Tindakan Bencana, Kursus PPK Tahap I, II dan III serta lain-lain kursus atau latihan yang berhubungkait dengan profesion PPP dan PPK.

  6. Pemantauan Kawalan Kualiti

    • Bertanggungjawab menyelaras aktiviti-aktiviti di bawah kawalan kualiti. Dengan pemantauan ini perkhidmatan yang berkualiti dapat diberikan kepada masyarakat dan berterusan. Aktiviti -aktiviti yang dilaksanakan adalah seperti Audit Keselamatan, Audit Klinikal PPP, Audit ISO dan Audit Budaya Korporat.

  7. Pengurusan Bencana

    • Bertanggungjawab untuk menyelaras pemurnian Pelan Tindakan Bencana Keselamatan Kebakaran Hospital Tengku Permaisuri Norashikin setiap 5 tahun. Selain itu, UPH perlu menganjurkan Latihan Kebakaran (Fire Drill) di peringkat hospital dan Latihan Keselamatan Kebakaran (Tabletop) sebagai langkah persediaan menghadapi sebarang kemungkinan bencana yang melibatkan kebakaran. Audit Keselamatan Kebakaran turut diadakan secara berkala bagi menilai risiko-risiko berlakunya kebakaran dapat dikesan di peringkat awal untuk penambahbaikan.

 

 Nombor Telefon Unit Penyeliaan Hospital:

 HTPN

 03-8913 3333

 Samb.

1018 

📍   HOSPITAL TENGKU PERMAISURI NORASHIKIN
    Jalan Semenyih
43000 Kajang
Selangor Darul Ehsan
📍   PUSAT RAWATAN WANITA DAN KANAK-KANAK
    Hospital Tengku Permaisuri Norashikin
Lengkok Jalan Semenyih
43000 Kajang
Selangor Darul Ehsan
     
☎️   +603-8913 3333
📧   helpdeskhkjg@moh.gov.my
🌏   jknselangor.moh.gov.my/htpn
  www.facebook.com/hospitalkajangofficial

 

Hari Ini: 170
Minggu Ini: 866
Bulan Ini: 4,669
Jumlah Pengunjung: 1,291,108
     

Imbas kode QR untuk paparan mobile