UNIT PENYELIDIKAN KLINIKAL (CRU)
Unit Penyelidikan Klinikal Hospital Tengku Permaisuri Norashikin ditubuhkan bagi menyokong usaha memperkukuhkan budaya penyelidikan dalam kalangan warga hospital. Unit ini berperanan membantu penyelidikan dalaman dan luaran dalam merancang, meyelaras, dan melaksanakan kajian yang dijalankan di hospital. Walaupun bersaiz kecil, unit ini komited untuk memastikan semua projek penyelidikan mematuhi piawaian etika dan kualiti yang ditetapkan. Selain menyokong projek sedia ada, unit ini juga terlibat dalam menjalankan kajian yang relevan dengan keperluan kesihatan setempat.
Menyokong penyelidikan dalaman dan luaran dengan menyediakan bimbingan, panduan, dan bantuan teknikal.
Memastikan pematuhan etika dan garis panduan penyelidikan yang diiktiraf.
Membangunkan kapasiti penyelidikan hospital melalui latihan dan kolaborasi.
Meningkatkan kesedaran budaya penyelidikan dalam kalangan warga hospital untuk memperkukuhkan amalan berasaskan bukti (evidence-based-practice)
Sedang dikemaskini

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN
Khidmat nasihat & bimbingan penyelidikan
Penyelarasan permohonan & kelulusan etika/NMRR
Sokongan pengumpulan & analisis data
Latihan & bengkel penyelidikan
Bimbingan penulisan & pembentangan
Laporan & dokumentasi penyelidikan
