JABATAN PEMBEDAHAN AM
Jabatan Pembedahan Am Hospital Tengku Permaisuri Norashikin Kajang menyediakan perkhidmatan rawatan kepakaran kepada pesakit dewasa dan kanak-kanak melibatkan penilaian, diagnosis, rawatan pembedahan dan rawatan susulan. Jabatan ini merangkumi 3 unit utama iaitu :
Klinik Pakar Pembedahan Am
Klinik Pakar Pembedahan Am Kanak-Kanak
Wad Pembedahan
Jabatan ini juga menjalankan prosedur endoskopi secara berkala bagi tujuan diagnosis dan rawatan.
Memberikan rawatan kepakaran secara profesional, selamat dan beretika.
Meningkatkan kualiti hidup pesakit melalui rawatan yang efektif.
Memastikan proses saringan, rujukan dan susulan berjalan lancar.
Mengurangkan masa menunggu untuk rawatan dan prosedur pembedahan.
90% pesakit menerima rawatan dalam tempoh 90 minit selepas pendaftaran.
100% dokumentasi pesakit dikemaskini dalam masa 24 jam.
Minimum 85% kepuasan pelanggan dicapai setiap tahun.
100% pematuhan terhadap protokol pengendalian jangkitan.
90% prosedur endoskopi dilakukan mengikut piawaian klinikal.

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN
Klinik Pakar Pembedahan Am :
Konsultasi pesakit luar
Penilaian dan rawatan pra/pasca pembedahan
Rawatan luka dan susulan
Minor procedures (excision, dressing, dsb)
Rujukan ke pakar sub-disiplin
Klinik Pakar Pembedahan Am Kanak-Kanak :
Penilaian dan rawatan kes pembedahan pediatrik
Pemerhatian dan susulan pasca pembedahan
Konsultasi kepada ibu bapa/penjaga
|
Jadual Klinik/ Waktu Operasi |
|||
|---|---|---|---|
|
Hari |
Pagi (8.00 pagi - 1.00 tengahari) |
1.00 tengahari - 2.00 petang |
Petang (2.00 petang - 5.00 petang) |
|
Isnin |
Klinik Kanak-Kanak Endoskopi Minor OT |
Waktu Rehat |
Klinik Kanak-Kanak Endoskopi Minor OT |
|
Selasa |
Klinik Pakar Dewasa |
Klinik Pakar Dewasa |
|
|
Rabu |
Klinik Pakar Dewasa & Endoskopi |
Klinik Pakar Dewasa & Endoskopi |
|
|
Khamis |
Klinik Pakar Dewasa |
Klinik Pakar Dewasa |
|
|
Jumaat |
Endoskopi |
12.15 tengahari - 2.45 petang |
Endoskopi |
|
Sabtu, Ahad & Cuti |
Tutup |
||
Nombor Telefon Jabatan Pembedahan Am: | |
|---|---|
HTPN | 03-8913 3338/ 03-8913 3338 |
WCC | 4252 |
pembedahaam_htpnk@moh.gov.my | |
