PENGENALAN

Hospital Kluster Klang 4 (HKKV4) adalah gabungan Hospital Sultan Idris Shah (HSIS), Serdang Hospital Putrajaya (HPj), Hospital Tengku Permaisuri Norashikin (HTPN), Hospital Cyberjaya (HCj) dan Institut Kanser Negara (IKN).

Kluster Klang 4 (KKV4) merupakan salah satu dari empat (4) kluster hospital di Lembah Klang yang secara rasminya bermula pada November 2023. HKKV4 terdiri daripada Hospital Idris Shah (Hsis), Serdang, sebagai Lead Hospital (LH) dan Hospital Putrajaya (HPj), Hospital Tengku Permaisuri Norashikin (HTPN), Hospital Cyberjaya (HCj) serta Institut Kanser Negara (IKN) sebagai Non-Lead Hospital (NLH).

Tujuan utama pembentukkan HKK4 adalah untuk menguruskan dan menyelaras perkhidmatan secara lebih efektif melalui perkongsian dan pengoptimaan sumber bersesuaian dengan keperluan pesakit.

OBJEKTIF

  • Mengukuhkan koordinasi penyampaian penjagaan perubatan dengan membina rangkaian klinikal yang lebih baik melalui pengoperasian dan pengkongsian sumber-sumber dalam HKKV4.

  • Meningkatkan peluang mendapatkan kemudahan perkhidmatan kepakaran yang lebih saksama dan "berdekatan dengan rumah" kepada masyarakat tempatan dan kumpulan sasaran.

  • Mengoptimumkan penggunaan sumber melalui peningkatan kecekapan dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan berpusat kepada orang perseorangan (Penjagaan Khusus Perseorangan - Person Centred Care).

  • Mengukuhkan dan meningkatkan kepuasan pelanggan dan anggota kesihatan dengan meningkatkan produktiviti dan pengagihan semula beban kerja berdasarkan kepakaran masing-masing.

  • Mengukuhkan perlaksanaan pengurusan kewangan melalui perkongsian dan pengoptimumkan penggunaan sumber-sumber di dalam HKKV4 bagi meningkatkan kualiti penjagaan perkhidmatan.

  • Melaksanakan penyampaian perkhidmatan yang lebih efisien dan mampan dengan mengoptimumkan penggunaan sumber-sumber sedia ada dan mengelakkan pembaziran.

  • Melaksanakan komunikasi strategik dan perkongsian data melalui penggunaan teknologi bagi meningkatkan keberkesananpenyampaian perkhidmatan kesihatan di dalam HKKV4.

STRUKTUR CLUSTER MANAGEMENT COMMITEE (CMC) HKKV4

Image
📍   HOSPITAL TENGKU PERMAISURI NORASHIKIN
    Jalan Semenyih
43000 Kajang
Selangor Darul Ehsan
📍   PUSAT RAWATAN WANITA DAN KANAK-KANAK
    Hospital Tengku Permaisuri Norashikin
Lengkok Jalan Semenyih
43000 Kajang
Selangor Darul Ehsan
     
☎️   +603-8913 3333
📧   helpdeskhkjg@moh.gov.my
🌏   jknselangor.moh.gov.my/htpn
  www.facebook.com/hospitalkajangofficial

 

Hari Ini: 118
Minggu Ini: 639
Bulan Ini: 1,626
Jumlah Pengunjung: 1,267,508
     

Imbas kode QR untuk paparan mobile