JABATAN KECEMASAN & TRAUMA
Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Tengku Permaisuri Norashikin (HTPN) Kajang telah mula beroperasi semenjak tahun 1895. Bermula pada 13 Januari 2025, jabatan ini telah berkembang kepada dua pusat operasi utama, iaitu di Bangunan Utama (bangunan asal) dan di Pusat Rawatan Wanita dan Kanak-Kanak (bangunan baharu). Jabatan ini beroperasi 24 jam sehari dan berfungsi sebagai pusat perkhidmatan perubatan kecemasan dan trauma bagi penduduk di Daerah Hulu Langat, khususnya sekitar Kajang.
Setiap pesakit yang hadir akan di saring berdasarkan tahap keseriusan mengikut kriteria triage yang telah ditetapkan, sebelum rawatan selanjutnya diberikan. Keutamaan akan diberikan kepada kes-kes kecemasan dan kritikal. Pesakit akan dirawat dan diuruskan mengikut tahap ketenatan dalam tempoh masa yang bersesuaian, tertakluk kepada keadaan semasa dan sekiranya tiada insiden bencana yang sedang berlaku.
Menyediakan rawatan kecemasan yang cepat dan tepat.
Menyampaikan perkhidmatan rawatan kecemasan komprehensif dan bersepadu dari peringkat pra hospital hingga ke hospital.
Memberikan rawatan kecemasan yang efisien dan efektif melalui prosedur resusitasi dan stabilisasi oleh anggota yang berkemahiran tinggi.
100% kes-kes kritikal akan di kendalikan dengan serta merta dalam masa 5 minit.
80% kes-kes semi-kritikal akan di kendalikan dalam masa 30 minit.
50% kes-kes tidak kritikal akan diberikan rawatan dalam masa 90 minit.

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN
Perkhidmatan Rawatan Pra Hospital dan Ambulans
Rawatan Kecemasan Komprehensif
Resusitasi dan stabilisasi
Diagnostik dan prosedur intervensi
Rawatan serangan asma akut
Pengendalian trauma ringan dan serius
Code Blue
St Elevation Myocardial Infarction (STEMI) Network
Stroke Network
Pusat Krisis Bersepadu (One Stop Crisis Centre)
Pengurusan Bencana
Pemeriksaan Kes-Kes Medikolegel
Perkhidmatan Liputan Pasukan Perlindungan Perubatan dan Kesihatan
Selain itu, jabatan ini turut berfungsi sebagai pusat latihan klinikal bagi pelbagai program yang melibatkan perubatan kecemasan termasuk program elektif pelajar perubatan dan program latihan sangkutan bagi Pegawai Perubatan Sarjana Perubatan Keluarga, Pegawai Perubatan Siswazah, Penolong Pegawai Perubatan dalam Program Penempatan Wajib seta Jururawat Pelatih.
|
Nombor Telefon Jabatan Kecemasan dan Trauma: |
|
|---|---|
|
HTPN |
03-8913 3333 |
|
Samb. |
3399 |
