JABATAN RADIOLOGI

Jabatan Radiologi di Hospital Tengku Permaisuri Norashikin merupakan jabatan kritikal penting yang menyediakan pelbagai perkhidmatan pengimejan diagnostik. Perkhidmatan yang ditawarkan secara dalaman termasuk Radiografi Am dan Mudah Alih, Ultrasonografi dan Ultrasonografi Mudah Alih, CT Scan, Mamografi, Prosedur Intervensi, penggunaan Pengimejan Intesifier(II) di dewan bedah, serta Pengimejan Pergigian (OPG) di Jabatan Pergigian.

Perkhidmatan Radiologi lain disediakan melalui kerjasama dengan Hospital Kluster (KKV4). Fluoroskopi dijalankan di Hospital Cyberjaya pada hari Jumaat, sebulan sekali. Perkhidmatan MRI disediakan di Hospital Ampang (Khamis) dan Institut Kanser Negara (Isnin) setiap minggu. Pemeriksaan Densitometri Tulang (DEXA) pula dijalankan di Hospital Serdang pada hari Rabu, sebulan sekali. Untuk perkhidmatan yang dijalankan di luar fasiliti, pasukan dari Hospital Tengku Permaisuri Norashikin yang terdiri daripada Pakar, Pegawai Perubatan, dan Juruteknologi Radiologi akan hadir ke hospital yang berkenaan.

Jabatan Radiologi, Hospital Tengku Permaisuri Norashikin beroperasi melalui dua unit utama, iaitu Jabatan Radiologi Utama (Radiologi 1) dan Jabatan Radiologi Kecemasan (Radiologi 2). Kedua-dua bangunan ini terletak bersebelahan, dengan jarak kira-kira 100 meter antara satu sama lain.

Pada November 2024, subunit Jabatan Radiologi di Pusat Rawatan Kanak-Kanak telah mula beroperasi. Jabatan ini menawarkan perkhidmatan Radiografi Am, Radiografi Radiografi Mudah Alih, CT Scan, Ultrasongrafi, C-arm (di dewan bedah), dan CBCT/OPG (Pergigian). Ketersediaan modaliti lain adalah bergantung kepada jadual, sama seperti di Jabatan Radiologi Utama, Hospital Tengku Permaisuri Norashikin.

  1. Memberikan perkhidmatan radiologi, perkhidmatan kepakaran dan rundingan yang cekap, bermutu dan tepat bagi membantu perawatan pesakit di Hospital Tengku Permaisuri Norashikin dan Klinik - Klinik Kesihatan di daerah Hulu Langat.

Selain itu, unit radiologi juga:

  • Menyediakan perkhidmatan yang cekap, tepat dan berkualiti dengan menghasilkan imej yang bermutu tinggi.

  • Meningkatkan skop perkhidmatan radiologi di Hospital Tengku Permaisuri Norashikin dengan menyediakan perkhidmatan radiografi am dan pemeriksaan radiologi khas selaras dengan peningkatan perkhidmatan kepakaran di dalam didiplin yang lain

Sedang dikemaskini

Image

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN

Jabatan Radiologi, Bangunan Utama

 Modaliti

 Jadual Perkhidmatan

 Tempat

 Liputan Perkhidmatan

Radiografi Am

 

 

Setiap hari pada waktu pejabat

Radiologi 1

Semua wad

Klinik Pakar 1

Klinik Pakar 2

Klinik Psikiatri

Klinik Ortopedik

24 jam

Radiologi 2

Jab. Kecemasan & Trauma

Klinik Ortopedik

Seluruh hospital selepas waktu pejabat

Ultrasound

Setiap hari

Radiologi 1

Seluruh hospital

CT Scan 

Setiap hari

Radiologi 2

Seluruh hospital 

Mammografi 

Setiap hari

Radiologi 1

Seluruh hospital dan klinik kesihatan bawah seliaan

Perkhidmatan II di dewan bedah 

Isnin, Rabu & Jumaat (Elektif)

Setiap hari/ Bila perlu (Kecemasan)

Dewan Bedah

Jabatan Ortopedik & Pembedahan Am

MRI 

 

Setiap hari isnin

Institut Kanser Negara

Seluruh hospital 

Setiap hari khamis

Hospital Ampang

Fluoroskopi

Jumaat (sekali sebulan)

Hospital Cyberjaya

Radiografi Dental 

 Setiap hari

Jabatan Pergigian dan Bedah Mulut

Bone Densitometry (DEXA) 

Rabu (sekali sebulan)

Hospital Serdang

 

Jabatan Radiologi, Pusat Rawatan wanita dan Kanak-Kanak

 Modaliti

Jadual Perkhidmatan

Tempat

Liputan Perkhidmatan

Radiografi Am ((Statik/ Mudah Alih)

Setiap hari 24 jam

Statik: Jabatan Radiologi WCC

Mudah alih: Jabatan Radiologi WCC

Kecemasan

PICU

ICU 

Jab. Kecemasan & Trauma

Semua Klinik Pakar

Semua Wad

Ultrasound

Setiap hari 24 jam

Jabatan Radiologi WCC

Seluruh Hospital & Klinik Kesihatan bawah seliaan

CT Scan

Elektif: setiap hari waktu pejabat (8.00 pagi-5.00 ptg

Kecemasan: setiap hari 24 jam

Dewan Bedah

Seluruh Hospital

Perkhidmatan C-arm Dewan Bedah

 

Jabatan Radiologi WCC

Jabatan Ortopedik & Pembedahan Am

Radiografi Dental (OPG/CBCT)

 

Jabatan Radiologi WCC

Jabatan Pergigian Pediatrik

 

 

 Nombor Telefon Jabatan Radiologi:

 HTPN

 03-8913 3333

 Samb.

 3346

 

📍   HOSPITAL TENGKU PERMAISURI NORASHIKIN
    Jalan Semenyih
43000 Kajang
Selangor Darul Ehsan
📍   PUSAT RAWATAN WANITA DAN KANAK-KANAK
    Hospital Tengku Permaisuri Norashikin
Lengkok Jalan Semenyih
43000 Kajang
Selangor Darul Ehsan
     
☎️   +603-8913 3333
📧   helpdeskhkjg@moh.gov.my
🌏   jknselangor.moh.gov.my/htpn
  www.facebook.com/hospitalkajangofficial

 

Hari Ini: 55
Minggu Ini: 875
Bulan Ini: 1,491
Jumlah Pengunjung: 1,287,930
     

Imbas kode QR untuk paparan mobile