JABATAN OBSTETRIK & GINEKOLOGI
Jabatan Obstetrik dan Ginekologi (O&G) Hospital Tengku Permaisuri Norashikin (HTPN) merupakan salah satu jabatan klinikal utama yang menyediakan perkhidmatan kesihatan khusus dan menyeluruh kepada wanita. Jabatan ini berperanan penting dalam pengurusan kehamilanm kelahiran serta rawatan pelbagai masalah kesihatan berkaitan sistem reproduktif wanita. Dengan sokongan pakar Obstetrik dan Ginekologi yang berpangalaman serta pasukan kejururawatan dan kakitangan sokongan yang terlatih, jabatan ini komited untuk memberikan rawatan yang berkualiti tinggi selamat dan berfokuskan pesakit dalam persekitaran yang mesra dan prihatin.
Jabatan O&G HTPN juga berfungsi sebagai pusat rujukan bagi daerah Hulu Langat. Kes-kes berisiko tinggi di rujuk dari klinik kesihatan dan hospital swasta sekitar untuk rujukan lanjut, sejajar dengan kemudahan hospital yang lengkap termasuk Unit Rawatan Rapi (ICU), Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) dan Dewan Bedah. Selain itu, jabatan ini turut menerima rujukan kes in utero dari hospital lain, khususnya bagi pengurusan bayi pramatang yang memerlukan sokongan pernafasan melalui ventilator di NICU.
Kes yang memerlukan rawatan lanjut atau subkepakaran akan dirujuk ke pusat tertiari yang berkaitan antaranya Hospital Sultan Idris Shah, Serdang bagi perkhidmatan subkepakaran seperti Maternal Fetal Medicine, Kardiologi, Respiratori, Urologi, Dermatologi, ENT dan Oftalmologi serta Institut Kanser Negara, Putrajaya bagi kes-kes Ginekologi Onkologi.
Menyediakan perkhidmatan kebidanan yang cekap, berkesan dan bermutu tinggi selaras dengan dasar polisi kerajaan.
Mengenalpasti serta menguruskan ibu mengandung dan bayi yang berisiko tinggi dengan rawatan rapi yang bersesuaian.
Memberi layanan yang mesra, beretika dan profesional kepada ibu semasa dan selepas bersalin tanpa mengira bangsa, keturunan dan agama.
Memastikan ibu bapa bayi memahami asas penjagaan bayi bagi menjamin kesihatan dan kesejahteraan bayi.
Memberikan rawatan optimum kepada pesakit yang mengalami masalah kesihatan organ reproduktif wanita bagi mencapai tahap kesihatan yang terbaik.
Memastikan sekurang-kurangnya 90% pesakit yang didaftarkan di klinik O&G menerima rawatan doktor dalam masa 90 minit.
Keselamatan pesakit dijamin berdasarkan indikator Malaysia Patient Safety Goals yang berkaitan
Memastikan semua aduan yang diterima oleh pihak hospital diambil tindakan berdasarkan garis panduan yang ditetapkan.

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN
Perkhidmatan Pesakit Luar
Klinik Obtetrik/ Antenatal
Klinik Ginekologi
Klinik Gabungan (Combined Clinic) Endokrin dan Perubatan
Klinik Ultrasound Scan
Klinik Detail Scan
Klinik Postnatal
Klinik Perancang Keluarga
Klinik Pra-Kehamilan (Pre-Pregnancy)
klinik Infertiliti
Klinik Lawatan Maternal Fetal Medicine
Perkhidmatan Khusus
Early Pregnancy Assessment Unit (EPAU)
Patient Assessment Centre (PAC)
Rawatan Harian (Daycare Unit)
Perkhidmatan Pesakit Dalam
Wad Obstetrik (wad 7A dan Wad 7B)
Wad Ginekologi (Wad 6A dan 7B)
Dewan Bersalin
Pembedahan
Pembedahan Elektif dan Kecemasan Obstetrik & Ginekologi
Perkhidmatan Kecemasan dan Sokongan
One Stop Crisis Centre (OSCC) melalui Jabatan Kecemasan
Pendidikan Kesihatan Antenatal
Pendidikan Penyusuan Susu Ibu
Pendidikan Pemakanan Ibu dan Bayi
|
Hari |
Masa |
Rawatan |
|---|---|---|
|
Isnin |
8.00 pagi - 1.00 tengahari
2.00 petang - 5.00 petang |
Klinik ibu mengandung Klinik postnatal/ infertility/ Klinik pre pregnancy Combine Clinic ( minggu pertama setiap bulan) |
|
Selasa |
8.00 pagi - 1.00 tengahari |
Klinik ibu mengandung |
|
Rabu |
8.00 pagi - 1.00 tengahari 2.00 petang - 5.00 petang |
Klinik ibu mengandung (kes baru) dan detail scan Klinik scan |
|
Khamis |
8.00 pagi - 1.00 tengahari |
Klinik sakit puan |
|
Jumaat |
8.00 pagi - 1.00 tengahari |
Klinik sakit puan |
Nombor Telefon Jabatan O&G: | |
|---|---|
HTPN | 03-8913 3333 |
Samb. | 4216/ 4217 |
