UNIT PERUBATAN FORENSIK
Unit Perubatan Forensik Hospital Tengku Permaisuri Norashikin telah beroperasi dari tahun 1985. Pada awalnya, Unit Perubatan Forensik beroperasi di bawah Jabatan Patologi tetapi ia mula bersiri sendiri mulai tahun 2017. Unit Perubatan Forensik Hospital Tengku Permaisuri Norashikin mengendalikan kes-kes merangkumi daerah Hulu Langat sebelum Hospital Sultan Idris Shah, Serdang mula beroperasi dan mengambil alih kebanyakan kes dalam daerah tersebut pada awal tahun 2005. Unit Perubatan Forensik Hospital Tengku Permaisuri Norashikin menerima kes-kes yang dibawa oleh orang awam (BID) ke Jabatan Kecemasan dan kes-kes kematian meninggal di tempat kejadian (SDR) yang di bawa oleh Polis untuk dibedah siasat.
Kini, Unit Perubatan Forensik Hospital Tengku Permaisuri Norashikin merupakan salah satu hospital dalam Kluster Klang Valley IV, bersama Hospital Sultan Idris Shah, Serdang (selaku Lead Hospital) dan Hospital Putrajaya, Hospital Cyberjaya, juga Institut Kanser Negara. Kini, Unit Perubatan Forensik Hospital Tengku Permaisuri Norashikin beroperasi 24 jam (atas panggilan) bagi urusan pengendalian mayat manakala bedah siasat pula akan dijalankan pada waktu pejabat sahaja (8am-5pm) kecuali kes-kes tertentu yang diarahkan oleh Pakar Perubatan Patologi Forensik.
Memberikan perkhidmatan pengendalian mayat yang sistematik kepada waris dari segi penyimpanan dan penyerahan mayat, disamping berperanan dalam menjalankan bedah siasat bagi menetukan sebab kematian.
- Kes-kes kematian "Non medico legal" di wad dan Jabatan Kecemasan akan diuruskan dalam masa 3 jam kecuali kes bukan warganegara. Sasaran > 80%.
- Menyerahkan jenazah kepada waris/ penuntut jenazah yang betul. Sasaran 100%.

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN
Pengendalian mayat dari wad/ jabatan kecemasan ke Unit Perubatan Forensik oleh Pembantu Perawatan Kesihatan/
Penyerahan borang daftar kematian/ Permit mengubur JPN/LM02 (Pin1/11) dan penyerahan mayat.
Pengendalian mayat tanpa identiti atau tidak dituntut dengan kerjasama Unit Hal Ehwal Islam Hospital Tengku Permaisuri Norashikin berserta kelulusan Pengarah Hospital.
Penyimpanan mayat warganegara asing (kes kematian wad/BID/kes polis) sementara menunggu surat kelulusan pengebumian atau eksport daripada pihak kedutaan.
Menyediakan ruang pengurusan mandi/ kapan dan solat jenazah bagi kes berisiko tinggi/ mayat reput/ rangka manusia sahaja.
menyelaraskan perkhidmatan penghantaran mayatke lokasi yang dipohon dalam radius 30km sehala (dengan kelulusan pihak pengarah/ penyeliaan). (Sila rujuk Unit Hasil Hospital Tengku Permasisuri Norashikin berkenaan caj yang dikenakan).
Pemeriksaan bedah siasat medikolegal oleh Pakar Perubatan Patologi Forensik/ Pegawai Perubatan dengan arahan polis (PDRM (S) 61 Pin.5/2021).
Clinical postmortem dengan izin waris (dengan rujukan kepada Pakar Histopatologi).
Membantu proses perolehan organ bersama Unit Perolehan Organ Hospital (UPOH) bagi urusan pendermaan organ.
Penyediaan laporan penuh bedah siasat oleh Pakar Perubatan Patologi Forensik/ Pegawai Perubatan dalam tempoh 12 minggu selepas tarikh bedah siasat bagi kes yang tiada analisa toksikologi kimia. (Sila rujuk Jabatan Rekod Perubatan Hospital Tengku Permaisuri Norashikin berkenaan caj yang dikenakan).
Nombor Telefon Jabatan Unit Forensik: | |
|---|---|
HTPN | 03-8913 3333 |
Samb. | 4184/ 4183 |
forensichkj@ moh.gov.my | |
