UNIT BEKALAN BAHAN STERIL

Unit Bekalan Bahan Steril (UBBS) Hospital Tengku Permaisuti Norashikin. Kajang (HTPN) merupakan unit sokongan perkhidmatan klinikal yang memainkan peranan penting dalam memastikan keselamatan pesakit serta kelancaran rawatan klinikal melalui penyediaan peralatan dan set perubatan yang bersih, selamat dan steril. Unit ini bertanggungjawab dalam pengurusan keseluruhan proses bermula daripada penerimaan set kotor, pembersihan, penyahkangkitan, pemeriksaan, pemasangan set, pembungkusan, pensterilan sehingga pengedaran semula set dan peralatan steril kepada wad dan jabatan klinikal berkaitan.

Perkhidmatan UBBS di HTPN merangkumi dua (2) unit operasi utama, iaitu Bangunan Utama dan Aras 4 Kompleks Wanita dan Kanak-Kanak. Penubuhan dua unit adalah selaras dengan keperluan perkhidmatan hospital yang merangkumi pelbagai displin klinikal serta keperluan pesakit yang berbeza mengikut lokasi perkhidmatan. Kedua-dua unit ini beroperasi bagi menyokong keperluan klinikal secara berterusan serta memastikan kebolehcapaian set stril yang mencukupi dan tepat pada masanya. Operasi UBBS dilaksanakan mengikut aliran kerja yang sistematik dan terkawal bagi mengelakkan risiko pencemaran silang, dengan pengasingan zon kotor, zon bersih dan zon steril. Setiap proses kerja dilaksanakan oleh anggota terlatih yang mematuhi prosedu dan amalan kerja selamat, termasuk penggunaan peralatan dan bahan yang sesuai serta pemantauan terhadap keberkesanan proses pensterilan.

Selain itu, UBBS juga berperanan dalam pengurusan inventori set dan perlatan perubatan, penyelarasan penghantaran dan penerimaan set, serta sokongan kepada jabatan klinikal terutamanya dalam situasi kecemasan dan keperluan mendesak. Kerjasama yang berkesan antara UBBS dan wad serta jabatan berkaitan adalah penting bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan klinikal hospital dapat dilaksanakan dengan lancar. Secara keseluruhannya, UBB HTPN berfungsi sebagai komponen sokongan klinikal dalam siste penyampaian perkhidmatan kesihatan hospital dengan memastikan setiap set dan peralatan perubatan yang digunakan memenuhi keperluan kebersihan dan keselamatan demi kesejahteraan pesakit dan petugas kesihatan.

  1. Memastikan semua set dan peralatan perubatan di proses dan disteril mengikut standard keselamatan, kualiti dan kawalan infeksi yang ditetapkan.

  2. Menyokong kelancaran perkhidmatan klinikal dan pembedahan melalui pembekalan set steril yang mencukupi, tepat pada masa dan menepati keperluan jabatan pengguna.

  3. Mengurangkan risiko jangkitan berkaitan penjagaan kesihatan (HAIs) melalui pematuhan sepenuhnya terhadap Prosedur Operasi Standard (SOP) dan garis panduan yang berkuatkuasa.

  4. Memastikan setiap proses pemprosesan bahan steril dipantau, direkod dan diaudit bagi menjamin kebolehkesanan serta pematuhan kualiti.

  5. Meningkatkan kecekapan operasi dan kompetensi anggota UBBS melalui penambahbaikan berterusan, latihan dan pengurusan sumber yang berkesan.

  1. Memastikan kadar penolakan peralatan selepas proses pencucian kurang daripada 0.02%

Image

Pembekalan Set/ Peralatan, Soft Dressing dan Linen Steril

Bangunan Utama

Bil

Jabatan/ Unit/ Wad 

Perincian 

Jumlah 

 1

 Wad

Wad 1, Wad 2, Wad 3, Wad 4, Wad 7, Wad 8, Wad 6 Isolasi, Wad 72, Unit Rawatan Rapi (ICU)

9

 2

Klinik 

Klinik Pakar Pembedahan, Klinik Pakar Perubatan, Klinik Pakar Ortopedik, Klinik Psikiatri dan Kesihatan Mental

4

 3

Jabatan/ Unit 

Jabatan Radiologi, Jabatan Kecemasan dan Trauma, Jabatan Forensik, Unit Hemodialisis, Unit Kawalan Infeksi, Unit Jagaan Luka, Jabatan Bedah Mulut & Maksilofasial, Unit Fisioterapi, Unit Kesihatan Awam

9 

 

 

Jumlah Keseluruhan Bangunan Utama

 22

 

Komplek Wanita dan Kanak-Kanak

Bil

Jabatan/ Unit/ Wad 

Perincian 

Jumlah 

 1

 Wad

Wad 6A, Wad 6B, Wad 7A, Wad 7B, Wad 7, Wad 8A, Wad 8B , Dewan Bedah, Unit Rawatan Rapi (ICU), Unit Rawatan Harian, Dewan Bersalin, Pusat Rawatan Ambulatori (PAC), Neonatal Intensive Care Unit (NICU), Special Care Nursery (SCN), Pediatric Intensive Care Unit (PICU)

14

 2

Klinik 

Klinik Pakar Obstetrik & Ginekologi (O&G), Klinik Pakar Pediatrik, Klinik Pergigian Kanak-Kanak, Klinik Ortopedik

4

 3

Jabatan/ Unit 

Jabatan Radiologi, Jabatan Kecemasan dan Trauma, Jabatan Forensik, Unit Fisioterapi

4 

 

 

Jumlah Keseluruhan Kompleks Wanita & Kanak-Kanak

 22

 

 Nombor Telefon UBBS:

 HTPN

 03-8913 3333

 Samb.

📍   HOSPITAL TENGKU PERMAISURI NORASHIKIN
    Jalan Semenyih
43000 Kajang
Selangor Darul Ehsan
📍   PUSAT RAWATAN WANITA DAN KANAK-KANAK
    Hospital Tengku Permaisuri Norashikin
Lengkok Jalan Semenyih
43000 Kajang
Selangor Darul Ehsan
     
☎️   +603-8913 3333
📧   helpdeskhkjg@moh.gov.my
🌏   jknselangor.moh.gov.my/htpn
  www.facebook.com/hospitalkajangofficial

 

Hari Ini: 170
Minggu Ini: 866
Bulan Ini: 4,669
Jumlah Pengunjung: 1,291,108
     

Imbas kode QR untuk paparan mobile