JABATAN PEDIATRIK

Jabatan Pediatrik Hospital Tengku Permaisuri Norashikin Kajang, sebagai pusat perkhidmatan pediatrik yang cemerlang selaras dengan kemampuan dan kemahiran

perubatan yang sedia ada.

Jabatan Pediatrik di HTPN mempunyai 8 kawasan yang terdiri daripada:

  1. Wad Pediatrik Medikal  – Wad 8A dan Wad 8B

  2. Wad Multidisplin – Wad 6B

  3. Pediatric High Dependency (PHDU) – 4 Katil 

  4. Unit Rawatan Pediatrik (Paediatric Intensive Care Unit-PICU)

  5. Unit Rawatan Rapi Neonatal (Neonatal Intensive Care Unit-NICU) 

  6. Special Care Nursery (SCN)

  7. Klinik Pakar Kanak-Kanak 

  8. Unit Rawatan Harian

Jabatan Pediatrik Hospital Tengku Permaisuri Norashikin akan memberikan rawatan komprehensif terkini yang berkualiti kepada pesakit pediatrik merangkumi rawatan diagnostik kuratif dan menggalakkan aspek pencegahan dan amalan kesihatan yang baik.

  1. Memberi perkhidmatan rawatan kepada semua pesakit pediatrik yang dirujuk sama ada pesakit dalam atau pesakit luar

  2. Memberi rawatan kecemasan (resusitasi) kepada pesakit-pesakit yang memerlukan

  3. Memastikan pesakit luar dirawat kurang dari 90 minit masa menunggu di klinik pediatrik

  4. Memberi perkhidmatan holistik dan komprehensif bagi mengurangkan impak penyakit terhadap perkembangan fizikal dan psikososial kanak-kanak

  5. Membentuk satu pasukan anggota perubatan yang terlatih, kompeten dan profesional

  6. Bekerjasama dengan ibubapa sebagai rakan di dalam menjaga kesihatan kanak-kanak

Jabatan ini juga menggalakkan proses audit dan pemantauan serta perkembangan professional di kalangan semua kakitangannya.

  1. Peratusan waktu menunggu pesakit untuk mendapatkan konsultasi pegawai perubatan di Klinik Pakar Kanak-Kanak < 90 minit (hanya 1 kawasan pendaftaran Sahaja Terlibat)

  2. Peratusan kelangsungan hidup bayi yang lahir dengan berat diantara 1000 gram –1499 gram > 85 % sepanjang tahun

  3. Kadar kematian akibat pneumonia yang diperoleh dari komuniti dalam kalangan kanak-kanak berumur 1 bulan hingga 5 tahun yang sebelum ini berada dalam keadaan kesihatan yang baik < 0.5% kes sepanjang tahun

  4. Peratusan pesakit pediatrik dengan kemasukan semula tidak terancang ke wad pediatrik dalam tempoh kurang daripada 48 jam selepas discaj < 0.5% kes sepanjang tahun
Image

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN

  1. Menyediakan perkhidmatan perubatan dan kesihatan kepada kanak-kanak yang baru lahir sehingga 12 tahun. Ini merangkumi:

    • Perkhidmtan Pesakit Dalaman

    • Perkhidmatan Pesakit Luaran

    • Perkhidmatan Rawtan Harian

    • Perkhidmatan Rawatan Intensif

  2. Di NICU / SCN, pasukan pediatrik bergabung bersama pasukan obstetrik dalam pengurusan antenatal bagi kehamilan berisiko tinggi. Menyediakan kaunseling dan perkhidmatan pendidikan kesihatan kepada ibubapa. Selain itu, pasukan pediatrik akan memeriksa dan menilai semula bayi baru lahir yang dirujuk dari Wad Postnatal untuk memastikan keaadaan bayi normal dan stabil.

  3. Bagi unit yang lain, pasukan pediatrik bergabung bersama penjagaan subkepakaran lain seperti pergigian kank-kanak, Pembedahan Kanak-kanak dan Pediatrik Orthopedik dalam pengurusan pesakit jika diperlukan

  4. Menyediakan kemudahan rawatan untuk bayi dan kanak-kanak yang tenat yang memerlukan pemerhatian rapi dan bantuan pernafasan di hospital.

  5. Kanak-kanak yang telah mendapat rawatan susulan sejak berumur bawah 12 tahun akan terus diberi rawatan susulan di klinik sehingga berumur 18 tahun, termasuk rawatan di wad pediatrik

  6. Latihan kakitangan iaitu doktor, jururawat dan pembantu pegawai perubatan dengan mengadakan CME dan NRP (Neonatal Resuscitation Program)

  7. SCAN team untuk pembelaan terhadap masalah yang berkaitan kanak-kanak dan remaja

  8. Penglibatan dalam aktiviti penambahbaikan kualiti, sistem kesihatan dan kajian klinikal

Jabatan Pediatrik Beroperasi:

  1. 24 jam untuk pesakit dalam

  2. Dari 7.30 pagi hingga 5.00 petang untuk rawatan pesakit luar diklinik

  3. Rawatan di Unit Rawatan Harian untuk pesakit NNJ dan pesakit Thalassemia pada waktu pejabat bermula pada 8.00 pagi hingga 5.00 petang pada hari bekerja. Pendaftaran kemasukan ke Unit Rawatan Harian adalah selewat-lewatnya pada pukul 12.00 tenga hari untuk pesakit jaundis dan pukul 9.00 pagi untuk pesakit Thalassemia.

 

Senarai berikut adalah jadual perkhidmatan klinik pakar pediatrik:

 Hari

 Waktu

 Perincian

 Waktu

 Perincian

 Isnin

 

 

 

 

 

 

 

8.00 pagi - 1.00 tengahari

Klinik Pediatrik Am (<2 tahun)

 

 

 

 

 

 

 

 

2.00 petang - 4.30 petang

 Pengurusan Rekod

dan

Defaulter

 Selasa

Kes Scan Breavement

Kes Diabetes

Kes rawatan TB

ECHO

Kes rawatan susulan ELBW/ VLBW

 Rabu

Klinik Pediatrik Am (> 2 tahun)

Neurologi dan masalah pembelajaran)

Pengurusan Rekod dan Defaulter

 Khamis

Thalasemia

Kes Rujukan awal dari Wad

Klinik Child and Adolescent Psychiatry

Pengurusan Rekod dan Defaulter

 Jumaat

Pediatrik Am (Respiratori dan Kardiologi)

 Pengurusan Rekod dan Defaulter

   

 Nombor Telefon Jabatan Pediatrik:

HTPN

 03-8751 8416

Samb. 

 

 

📍   HOSPITAL TENGKU PERMAISURI NORASHIKIN
    Jalan Semenyih
43000 Kajang
Selangor Darul Ehsan
📍   PUSAT RAWATAN WANITA DAN KANAK-KANAK
    Hospital Tengku Permaisuri Norashikin
Lengkok Jalan Semenyih
43000 Kajang
Selangor Darul Ehsan
     
☎️   +603-8913 3333
📧   helpdeskhkjg@moh.gov.my
🌏   jknselangor.moh.gov.my/htpn
  www.facebook.com/hospitalkajangofficial

 

Hari Ini: 158
Minggu Ini: 641
Bulan Ini: 4,444
Jumlah Pengunjung: 1,290,883
     

Imbas kode QR untuk paparan mobile