UNIT PENCEGAHAN & KAWALAN INFEKSI

Unit Pencegahan dan Kawalan Infeksi (UPKI) Hospital Tengku Permaisuri Norashikin berperanan sebagai teras utama dalam memastikan keselamatan pesakit, kakitangan dan pelawat melalui pencegahan serta kawalan jangkitan berkaitan penjagaan kesihatan (Healthcare-Associated Infections, HCAI). Unit ini diketuai oleh seorang Pakar Perubatan Penyakit Berjangkit, dengan sokongan seorang Pakar Mikrobiologi Klinikal, dua (2) orang Pegawai Perubatan yang mempunyai kelayakan APSIC (Asia Pacific Society of Infection Control) serta tiga (3) orang Jururawat Terlatih dengan Post Basic Kawalan Infeksi.

Pasukan ini berkolaborasi secara multidisiplin dan bersepadu bagi memastikan semua amalan klinikal dan bukan klinikal di hospital mematuhi piawaian kawalan infeksi kebangsaan dan antarabangsa. UPKI juga berfungsi sebagai sekretariat kepada Hospital Infection and Antibiotic Control Committee (HIACC) dan menjadi pusat rujukan bagi semua isu berkaitan kawalan infeksi dan penggunaan antibiotik secara rasional di HTPN.

  1. Mencegah dan mengawal jangkitan berkaitan penjagaan kesihatan (HCAI) melalui pelaksanaan amalan pencegahan & kawalan infeksi seperti hand hygiene, penggunaan PPE, dan teknik aseptik yang betul.

  2. Menjalankan aktiviti survelan jangkitan dan rintangan antimikrob (AMR) bagi mengenalpasti trend peningkatan serta mengambil tindakan kawalan segera semasa wabak.

  3. Membangunkan dan memantau pelaksanaan polisi serta prosedur kawalan infeksi hospital selaras dengan garis panduan KKM.

  4. Memberi nasihat teknikal dan sokongan klinikal kepada semua unit berkaitan isu pencegahan dan kawalan infeksi serta penggunaan antibiotik yang rasional.

  5. Meningkatkan tahap kesedaran dan pematuhan warga kerja terhadap amalan pencegahan jangkitan melalui kempen, latihan, audit dan penilaian prestasi berkala.

  6. Menyokong Hospital Infection and Antibiotic Control Committee (HIACC) dalam perancangan, pelaporan dan pelaksanaan aktiviti kawalan infeksi dan antibiotik di hospital.

Image

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN

  1. Survelan dan pemantauan HCA AMR termasuk pengesanan trend jangkitan dan pelaporan kepada HIACC dan pihak pengurusan hospital.

  2. Pengurusan dan kawalan wabak termasuk siasatan kes, penilaian risiko, dan pelaksanaan langkah kawalan segera.

  3. Pembangunan dan pemantauan polisi serta prosedur kawalan infeksi selaras dengan garis panduan KKM dan piawaian antarabangsa.

  4. Nasihat teknikal dan sokongan klinikal kepada semua jabatan mengenai isu kawalan infeksi , aktiviti pengubahsuaian dan pembangunan serta penggunaan antibiotik

    yang rasional.

  5. Audit, pemantauan dan penilaian pematuhan terhadap amalan seperti hand hygiene, penggunaan PPE, teknik aseptik dan pembersihan persekitaran.

  6. Latihan, pendidikan dan kempen kesedaran bagi meningkatkan budaya

    keselamatan pesakit dan pencegahan jangkitan di kalangan warga kerja hospital.

  7. Sokongan kepada HIACC dalam perancangan, pelaksanaan dan pemantauan program kawalan infeksi dan antibiotik hospital.

 

 Nombor Telefon Unit Pencegahan & Kawalan Infeksi:

 HTPN

 03-8913 3333

 Samb.

 1153

 e-Mail

 ukihtpn@moh.gov.my

📍   HOSPITAL TENGKU PERMAISURI NORASHIKIN
    Jalan Semenyih
43000 Kajang
Selangor Darul Ehsan
📍   PUSAT RAWATAN WANITA DAN KANAK-KANAK
    Hospital Tengku Permaisuri Norashikin
Lengkok Jalan Semenyih
43000 Kajang
Selangor Darul Ehsan
     
☎️   +603-8913 3333
📧   helpdeskhkjg@moh.gov.my
🌏   jknselangor.moh.gov.my/htpn
  www.facebook.com/hospitalkajangofficial

 

Hari Ini: 170
Minggu Ini: 866
Bulan Ini: 4,669
Jumlah Pengunjung: 1,291,108
     

Imbas kode QR untuk paparan mobile