UNIT PENTADBIRAN ASET & STOR

Unit Pentadbiran, Aset dan Stor (UPAS) merupakan salah satu unit sokongan penting di Hospital Kajang yang berperanan dalam memastikan kelancaran pengurusan pentadbiran, aset serta stor bagi menyokong operasi perkhidmatan kesihatan. Seiring dengan penubuhan dan pengoperasian Kompleks Wanita dan Kanak-Kanak (WCC), pengurusan yang sistematik dan terancang amat diperlukan bagi memastikan kecekapan penyampaian perkhidmatan di kedua-dua fasiliti, iaitu Hospital Kajang (Bangunan Utama) dan WCC.

Dokumen Data Pentadbiran Aset dan Stor ini disediakan sebagai rujukan rasmi yang menghimpunkan maklumat berkaitan skop tugas, urusan dan perkhidmatan yang dilaksanakan oleh Unit Pentadbiran, Unit Pengurusan Aset dan Unit Stor Alat Tulis. Ia merangkumi pengurusan harian seperti urusan pentadbiran am, pengendalian aset kerajaan, pengurusan stor, serta jadual penghantaran dan despatch dokumen serta stok.

Penyediaan dokumen ini bertujuan untuk menyeragamkan proses kerja, meningkatkan tahap kecekapan dan pematuhan kepada prosedur yang ditetapkan, di samping memudahkan koordinasi antara jabatan, unit dan pihak berkepentingan. Dokumen ini juga diharap dapat menjadi panduan kepada warga kerja Hospital Kajang dan WCC dalam memahami peranan serta tatacara pengurusan pentadbiran, aset dan stor yang berkuat kuasa.

  1. Memastikan peratusan kenderaan/ambulan hospital diselenggarakan mengikut jadual penyelenggeraan (PPM) (sasaran 80%)

Image

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN

  1. Unit Pentadbiran

    - Urusan dan perkhidmatan:

    • Kehadiran (Thumbprint)

    • Surat-menyurat (e-surat, Dispatch)

    • Daftar fail hospital

    • Tempahan makanan & minuman (EP) - Urusan mensyuarat Pengarah

    • Urusan premis dan Demis

    • Pencetakan

    • Tempahan kenderaan (e-kenderaan)

    • tempahan bilik mesyuarat/ dewan/ seminar

    • Urusan kuarters & Kompleks

    • On-Call

  2. Unit Pengurusan Aset

    - Urusan dan perkhidmatan:

    • Pendaftaran aset

    • Penerimaan aset

    • Pengemaskinian lokasi/ penempatan aset

    • Pelupusan aset

    • Kelulusan penerimaan aset sumbangan/ hadiah

    • Pemindahan aset ke WCC

    • Stor pelupusan aset (Stor Lestari)

  3. Unit Stor Alat Tulis

    • Permohonan stok melalui Sistem SPS

    • Penghantaran stok berjadual ke WCC

    • Pengurusan Borang, buku MC, buku preskripsi

    • Permohonan toner melalui Unit IT WCC

  4. Jadual Despatch & Penghantaran

    • Despatch dalaman WCC HKJ

    • Despatch luar hospital (JKNS, Putrajaya, KL)

    • Jadual penghantaran indent stok alat tulis

📍   HOSPITAL TENGKU PERMAISURI NORASHIKIN
    Jalan Semenyih
43000 Kajang
Selangor Darul Ehsan
📍   PUSAT RAWATAN WANITA DAN KANAK-KANAK
    Hospital Tengku Permaisuri Norashikin
Lengkok Jalan Semenyih
43000 Kajang
Selangor Darul Ehsan
     
☎️   +603-8913 3333
📧   helpdeskhkjg@moh.gov.my
🌏   jknselangor.moh.gov.my/htpn
  www.facebook.com/hospitalkajangofficial

 

Hari Ini: 251
Minggu Ini: 251
Bulan Ini: 4,054
Jumlah Pengunjung: 1,290,493
     

Imbas kode QR untuk paparan mobile