NOTIS PEMAKLUMAN

Unpublished

NOTIS PEMAKLUMAN

🌸 Terima Kasih atas Sokongan Anda! 🌸

Tahun 2024, Hospital Tuanku Permaisuri Norashikin (HTPN) telah menjalankan Kajian Kepuasan Pelanggan ✨.
Hasilnya, kami amat terharu kerana 81.1% pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan kami. 💖

📊 Keputusan utama:
💚 Pesakit Dalam: 83.7%
💙 Pesakit Luar: 80.5%

Apa yang pelanggan paling hargai?
👉 Sikap mesra pegawai (85.3% pesakit dalam, 81.2% pesakit luar)
👉 Komunikasi jelas & berkesan (86% pesakit dalam, 82.4% pesakit luar)

Kami juga ambil maklum tentang aspek yang perlu diperbaiki seperti kemudahan & kebolehcapaian, dan kami komited untuk menambah baik demi keselesaan anda. 🌟

Terima kasih kerana terus mempercayai HTPN 💕. Sama-sama kita jadikan hospital ini tempat yang lebih baik, selesa dan mesra untuk semua.

#HTPN #KepuasanPelanggan2024 #TerimaKasih

 

NOTIS PEMAKLUMAN

Unpublished

PUSAT RAWATAN WANITA & KANAK-KANAK (WCC), HOSPITAL KAJANG AKAN MEMULAKAN OPERASI SECARA BERPERINGKAT KERANA MASIH DALAM PERSEDIAAN UNTUK MEMULAKAN OPERASI.

ORANG RAMAI DINASIHATKAN KE BANGUNAN UTAMA (LAMA) HOSPITAL KAJANG UNTUK MENDAPATKAN RAWATAN DAN SULULAN JANJI TEMU.

KERJASAMA ANDA AMAT DIHARGAI.

Recertification Audits for Pain-Free Hospital

Unpublished
Hospital Kajang is thrilled to announce the recertification audits for our Pain-Free Hospital initiative. We successfully completed the virtual audit on 09.07.2024, and the physical audit on 11.07.2024.
 
"_Success is the sum of small efforts, repeated day in and day out_.”– Robert Collier
 
Every effort counts and every team member's commitment is vital in achieving our goal. Our dedication to pain-free recertification is a testament to the hard work and cooperation of everyone involved. The collective efforts we put in today will ensure a brighter and more comfortable tomorrow for all our patients.
 
A special thanks to our auditors led by Lead Auditor, Dr Wan Rohaidah (Pakar Perunding Kanan Anestesiologi & Pain Specialist, Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, Dr Noor Suhaila (Unit Audit Klinikal, KKM), Pn Nurul Sahida Rani (Pegawai Farmasi, Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu), KJ Julie Weizana Jeli (Ketua Jururawat Anesthesiologi, Hospital Umum Sarawak), Dr Zawaniah Bt Brukan Ali (Unit Audit Klinikal, KKM), Dr Siti Noor Fallahiah bt Abu Bakar (Unit Audit Klinikal, KKM), Sr Seripah Nor bt Mat Nor (Unit Audit Klinikal, KKM) and Dr. Lavania S. Patmanaban, Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan, JKNS for their thorough evaluation and support.
 
Thank you to all our staff, patients, and stakeholders for your unwavering support. Together, we are making remarkable strides in patient care and healthcare excellence.
 
 

Kesan Rokok Elektronik

Unpublished
Rokok elektronik atau vape mengandungi bahan yang boleh memudaratkan kesihatan seperti propalina glikol, gliserin sayuran, logam berat serta bahan perisa dan pewarna.
 
Tabiat menghisap rokok elektronik atau vape akan menyebabkan ketagihan seterusnya memberi kesan jangka pendek dan panjang terhadap kesihatan.
 
Oleh itu, orang ramai perlulah menghindar tabiat menghisap rokok elektronik atau vape bagi mengelakkan penyakit paru-paru yang berpunca daripada bahan tersebut yang dikenali sebagai E-Cigarette or Vaping Product Use-Associated Lung Injury (EVALI).
 
Sumber : Sihat Milikku, KKM

Panduan Diet Malaysia

Unpublished
PANDUAN DIET MALAYSIA 2020
Mesej Utama 1: Makan pelbagai jenis makanan mengikut saranan sajian
 
Pengambilan makanan yang pelbagai dan seimbang amat penting untuk memastikan tubuh badan memperolehi pelbagai nutrien yang diperlukan. Jom ambil makanan secara sihat dan seimbang mengikut saranan sajian berdasarkan Piramid Makanan Malaysia 2020.
 
📍   HOSPITAL TENGKU PERMAISURI NORASHIKIN
    Jalan Semenyih
43000 Kajang
Selangor Darul Ehsan
📍   PUSAT RAWATAN WANITA DAN KANAK-KANAK
    Hospital Tengku Permaisuri Norashikin
Lengkok Jalan Semenyih
43000 Kajang
Selangor Darul Ehsan
     
☎️   +603-8913 3333
📧   helpdeskhkjg@moh.gov.my
🌏   jknselangor.moh.gov.my/htpn
  www.facebook.com/hospitalkajangofficial

 

Hari Ini: 132
Minggu Ini: 132
Bulan Ini: 505
Jumlah Pengunjung: 1,300,784
     

Imbas kode QR untuk paparan mobile