WORLD ALZHEIMER MONTH

Assalamualaikum & salam sejahtera,

 BULAN KESEDARAN DEMENSIA 2025
 Hospital Tengku Permaisuri Norashikin, Kajang

Sempena Bulan Kesedaran Demensia, Unit Psikiatri Geriatrik, Jabatan Psikiatri & Kesihatan Mental, HTPN Hospital akan mengadakan

 1) Saringan Awal Demensia
 2) Kuiz

 Tarikh : 2 hb, 9hb, 23hb & 30hb (SELASA) bulan September 2025
 Masa  : 8.00 Pagi - 12.00 Tengahari
 Lokasi : Dataran Impian, HTPN

Ayuh kita sama-sama meningkatkan kesedaran, mengenali tanda awal demensia dan memberi sokongan kepada pesakit & penjaga.
💡"Kenali Awal, Sokong Sepenuh Hati"
 
Semua staf dijemput hadir. Sila warwarkan kepada pesakit anda yang berkenaan.
 
WORLD ALZHEIMER'S MONTH
 
 

PENJELASAN BERKENAAN IKLAN PENGAMBILAN PERKHIDMATAN PERSONEL MySTEP

 
Merujuk kepada iklan pengambilan Personel MyStep Hospital Tengku Permaisuri Norashikin (HTPN) yang diterbitkan baru-baru ini, pihak Pengurusan HTPN mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas kekhilafan ini dan memohon maaf atas sebarang kekeliruan yang timbul. Dokumen tersebut telah ditarik balik serta-merta dan pembetulan sewajarnya akan dibuat sebelum diiklankan semula dalam masa terdekat.
 
Bagi mengelakkan perkara seperti ini daripada berulang, pihak HTPN sedang memperketatkan prosedur semakan dalaman sebelum sebarang penerbitan dilakukan.
Pegawai-pegawai yang terlibat telah diberikan teguran tegas agar sebarang terma dan syarat tambahan yang dikenakan demi kepentingan perkhidmatan perlu dirujuk kepada pihak Pengurusan Atasan HTPN terlebih dahulu.
 
Kementerian Kesihatan Malaysia sentiasa mengutamakan pematuhan ke atas garis panduan atau peraturan semasa yang berkuat kuasa dalam memastikan tiada unsur yang boleh disalah ertikan sebagai menindas fungsi Personel MyStep yang juga warga kerja penting KKM.
 
PENGARAH
HOSPITAL TENGKU PERMAISURI NORASHIKIN
25 OGOS 2025

CME: Band Aid for The Mind: A Guide to Psychological First Aid in Times of Disaster

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental HTPN akan menganjurkan CME Hospital pada:

Tarikh    : 15 Ogos 2025(Jumaat)
Tempat :  Dewan Bestari, Hospital Tengku Permaisuri Norashikin / Google Meet (Link: https://meet.google.com/kty-xvcj-yvi)
Masa     : 8.00 pagi - 9.00 pagi
Topik  : Band Aid for The Mind: A Guide to Psychological First Aid in Times of Disaster

Semua Warga Kerja HTPN dijemput hadir. Kesudian tuan/puan untuk hadir amatlah dihargai.

Terima kasih.

*Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental HTPN

WORLD PHARMACIST DAY WALKATHON 2025

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Farmasi HTPN akan menganjurkan WALKATHON pada:

Tarikh : 27 SEPTEMBER 2025(SABTU)
Masa  : 6.30 Pagi - 11.30 Pagi
Lokasi : Taman Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi

Jom sertai kami! Ada ganjaran menarik menanti anda yang hadir!

Terima kasih.  

CME: UNTANGLING THE TIES: PRACTICAL GUIDE PADA 11 OGOS 2025 (ISNIN)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Berikut adalah maklumat program:

Tarikh    : 11 OGOS 2025 (ISNIN)
Tempat :  DEWAN AKASIA, ARAS 5 (BANGUNAN WCC)
Masa     : 2.30 PETANG – 4.00 PETANG

Topik  :  Untangling The Ties: A Practical 

Mari kita bersama-sama menyokong amalan pemakanan bayi yang lebih baik!

Semua Warga Kerja HTPN dijemput hadir. Kesudian tuan/ puan untuk hadir amatlah dihargai. Jumpa anda di sana!

Terima kasih.

📍   HOSPITAL TENGKU PERMAISURI NORASHIKIN
    Jalan Semenyih
43000 Kajang
Selangor Darul Ehsan
📍   PUSAT RAWATAN WANITA DAN KANAK-KANAK
    Hospital Tengku Permaisuri Norashikin
Lengkok Jalan Semenyih
43000 Kajang
Selangor Darul Ehsan
     
☎️   +603-8913 3333
📧   helpdeskhkjg@moh.gov.my
🌏   jknselangor.moh.gov.my/htpn
  www.facebook.com/hospitalkajangofficial

 

Hari Ini: 132
Minggu Ini: 132
Bulan Ini: 505
Jumlah Pengunjung: 1,300,784
     

Imbas kode QR untuk paparan mobile