PENJELASAN BERKENAAN IKLAN PENGAMBILAN PERKHIDMATAN PERSONEL MySTEP

PENJELASAN BERKENAAN IKLAN PENGAMBILAN PERKHIDMATAN PERSONEL MySTEP

 
Merujuk kepada iklan pengambilan Personel MyStep Hospital Tengku Permaisuri Norashikin (HTPN) yang diterbitkan baru-baru ini, pihak Pengurusan HTPN mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas kekhilafan ini dan memohon maaf atas sebarang kekeliruan yang timbul. Dokumen tersebut telah ditarik balik serta-merta dan pembetulan sewajarnya akan dibuat sebelum diiklankan semula dalam masa terdekat.
 
Bagi mengelakkan perkara seperti ini daripada berulang, pihak HTPN sedang memperketatkan prosedur semakan dalaman sebelum sebarang penerbitan dilakukan.
Pegawai-pegawai yang terlibat telah diberikan teguran tegas agar sebarang terma dan syarat tambahan yang dikenakan demi kepentingan perkhidmatan perlu dirujuk kepada pihak Pengurusan Atasan HTPN terlebih dahulu.
 
Kementerian Kesihatan Malaysia sentiasa mengutamakan pematuhan ke atas garis panduan atau peraturan semasa yang berkuat kuasa dalam memastikan tiada unsur yang boleh disalah ertikan sebagai menindas fungsi Personel MyStep yang juga warga kerja penting KKM.
 
PENGARAH
HOSPITAL TENGKU PERMAISURI NORASHIKIN
25 OGOS 2025
📍   HOSPITAL TENGKU PERMAISURI NORASHIKIN
    Jalan Semenyih
43000 Kajang
Selangor Darul Ehsan
📍   PUSAT RAWATAN WANITA DAN KANAK-KANAK
    Hospital Tengku Permaisuri Norashikin
Lengkok Jalan Semenyih
43000 Kajang
Selangor Darul Ehsan
     
☎️   +603-8913 3333
📧   helpdeskhkjg@moh.gov.my
🌏   jknselangor.moh.gov.my/htpn
  www.facebook.com/hospitalkajangofficial

 

Hari Ini: 148
Minggu Ini: 632
Bulan Ini: 3,329
Jumlah Pengunjung: 1,289,768
     

Imbas kode QR untuk paparan mobile