PENGIKTIRAFAN HOSPITAL KAJANG SEBAGAI PAIN FREE HOSPITAL

PENGIKTIRAFAN HOSPITAL KAJANG SEBAGAI PAIN FREE HOSPITAL

Hospital Kajang, Selangor telah menerima pengiktirafan sebagai Hospital Bebas Kesakitan (Pain Free Hospital) daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Pengiktirafan ini diberikan sebagai pengiktirafan terhadap komitmen Hospital Kajang dalam melaksanakan pengurusan kesakitan yang berkesan, sistematik dan berfokuskan pesakit selaras dengan standard perkhidmatan kesihatan KKM.

Pengiktirafan ini berkuat kuasa dari 11 Julai 2024 hingga 10 Julai 2028.

Hospital Kajang akan terus komited dalam menyediakan perkhidmatan rawatan berkualiti tinggi dengan mengutamakan keselamatan, keselesaan serta kesejahteraan pesakit melalui amalan pengurusan kesakitan yang berterusan dan berkesan.

📍   HOSPITAL TENGKU PERMAISURI NORASHIKIN
    Jalan Semenyih
43000 Kajang
Selangor Darul Ehsan
📍   PUSAT RAWATAN WANITA DAN KANAK-KANAK
    Hospital Tengku Permaisuri Norashikin
Lengkok Jalan Semenyih
43000 Kajang
Selangor Darul Ehsan
     
☎️   +603-8913 3333
📧   helpdeskhkjg@moh.gov.my
🌏   jknselangor.moh.gov.my/htpn
  www.facebook.com/hospitalkajangofficial

 

Hari Ini: 1
Minggu Ini: 318
Bulan Ini: 3,015
Jumlah Pengunjung: 1,289,454
     

Imbas kode QR untuk paparan mobile