Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) sedang melaksanakan inisiatif elevasi perkhidmatan imigresen negara melalui National Integrated Immigration System (NIISE).
Sistem ini merupakan platform moden yang memantapkan keselamatan sempadan, memudahkan urusan imigresen serta menyokong agenda pendigitalan perkhidmatan awam selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.
