NOTIS PEMAKLUMAN
⏰ Jom Hadir Ikut Janjitemu Anda! ⏰
Hospital Tengku Permaisuri Norashikin kini melaksanakan Sistem Janjitemu Berperingkat bagi perkhidmatan klinik pakar.
Dengan sistem ini, setiap pesakit akan mendapat giliran rawatan mengikut tarikh & masa janji temu yang ditetapkan.
✔️ Masa menunggu lebih singkat
✔️ Kurang kesesakan di klinik
✔️ Lebih mudah mencari parkir
✔️ Perkhidmatan lebih teratur & berkualiti
👉 Pesakit dinasihatkan hadir 30 minit sebelum waktu janji temu bagi memastikan kelancaran proses rawatan.
Sama-sama kita jadikan pengalaman berkunjung ke hospital lebih selesa, cepat dan efisien. Terima kasih atas kerjasama anda 💙.
#HTPN #JanjiTemuBerperingkat #KesihatanAndaKeutamaanKami
