Assalamualaikum dan selamat pagi warga HTPN yang dihormati 🌟
Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Kempen Derma Darah anjuran Pusat Darah Negara akan diadakan seperti berikut:
📍 Dewan Bestari (Permaisuri)
Bangunan Utama (BU), Hospital Tengku Permaisuri Norashikin
🗓 12 Mac 2026 (Khamis)
⏰ 10.00 pagi – 3.00 petang
🎯 Sasaran: Masyarakat bukan beragama Islam
Setitis darah anda mampu menyelamatkan nyawa.
Sumbangan anda hari ini adalah harapan buat pesakit yang memerlukan. ❤️
Marilah kita bersama-sama memeriahkan kempen ini dan menunjukkan semangat kebersamaan warga HTPN dalam membantu masyarakat.
#JomDermaDarah 🅰️🅱️🅾️🆎
Jumpa anda di sana! 🩸
Untuk makluman semua, sasaran penderma bagi kempen derma darah pada hari tersebut adalah warga HTPN, para pengunjung HTPN serta masyarakat Kajang yang bukan beragama Islam sahaja.
Bagi warga yang sedang menunaikan ibadah puasa, anda masih boleh menunaikan tanggungjawab sebagai penderma darah selepas waktu berbuka puasa di pusat derma darah statik atau kempen derma darah berhampiran.
Untuk maklumat lanjut mengenai lokasi dan jadual kempen derma darah yang bersesuaian, sila layari laman sesawang rasmi Pusat Darah Negara di:
🌐 www.pdn.gov.my
Setiap sumbangan anda amat bermakna dan mampu menyelamatkan nyawa.
Terima kasih atas sokongan dan keprihatinan semua. 🩸
