KECEKAPAN KAKITANGAN HOSPITAL WANITA DAN KANAK-KANAK TENGKU PERMAISURI NORASHIKIN DIPUJI

KECEKAPAN KAKITANGAN HOSPITAL WANITA DAN KANAK-KANAK TENGKU PERMAISURI NORASHIKIN DIPUJI

Pihak Hospital Tengku Permaisuri Norashikin (HTPN) berasa terharu dan berbangga dengan pujian ikhlas yang telah diberikan oleh keluarga pesakit melalui siaran akhbar baru-baru ini.

Pujian terhadap profesionalisme, kepakaran dan perkhidmatan cemerlang yang diberikan oleh pasukan perubatan kami termasuk jururawat dan semua kakitangan adalah penegasan bahawa usaha serta komitmen semua pihak amat bermakna.

Kepada seluruh wira dan wirawati HTPN, anda telah membuktikan dedikasi dan komitmen yang tiada tandingan walaupun berhadapan pelbagai cabaran di lapangan. Syabas dan teruskan kecemerlangan ini!

Kami juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pesakit dan waris khususnya Puan Zurinna Raja Adam sekeluarga kerana menghargai dan sudi berkongsi pengalaman positif sepanjang menerima perkhidmatan rawatan di HTPN. Sokongan dan maklum balas positif sebegini akan memberi suntikan semangat terbesar buat kami seluruh warga kerja HTPN.

Kami akan terus berusaha memberikan perkhidmatan kesihatan awam yang terbaik untuk semua! Kesihatan anda, keutamaan kami.

Ikhlas daripada,
Dr Hj Muhd Siv Azhar Merican Abdullah
Pengarah 
Hospital Tengku Permaisuri Norashikin (HTPN)

📍   HOSPITAL TENGKU PERMAISURI NORASHIKIN
    Jalan Semenyih
43000 Kajang
Selangor Darul Ehsan
📍   PUSAT RAWATAN WANITA DAN KANAK-KANAK
    Hospital Tengku Permaisuri Norashikin
Lengkok Jalan Semenyih
43000 Kajang
Selangor Darul Ehsan
     
☎️   +603-8913 3333
📧   helpdeskhkjg@moh.gov.my
🌏   jknselangor.moh.gov.my/htpn
  www.facebook.com/hospitalkajangofficial

 

Hari Ini: 19
Minggu Ini: 503
Bulan Ini: 3,200
Jumlah Pengunjung: 1,289,639
     

Imbas kode QR untuk paparan mobile