KETUA JABATAN

hsdg nopic

Dr. Emizam bin Mohamadon
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
5335

 

PENGENALAN

Menyediakan perkhidmatan kepakaran forensik yang cekap, cemerlang dan dinamik.

Carta Organisasi
Image


 

Objektif

  • Meningkatkan taraf perkhidmatan Forensik di Malaysia bagi menyokong sistem perundangan negara ini.
  • Menyediakan perkhidmatan Forensik yang menyeluruh dengan memberikan perkhidmatan Forensik yang bebas dan berkecuali serta tidak terikat dengan mana-mana pihak demi keadilan.
  • Mewujudkan kemahiran serta kecekapan dikalangan kakitangan perubatan dan pengkhususan bagi mengendalikan kes-kes Medico Legal yang lebih efektif.
  • Memberi khidmat nasihat, khidmat pakar dan pengendalian jenazah yang lebih cekap dan mahir.
  • Meningkatkan mutu perkhidmatan sejajar dengan perkembangan teknologi baru untuk membenteras jenayah.
  • Menjalankan kaji selidik dan mempromosikan penyelidikan dalam bidang Perubatan Forensik untuk meningkatkan lagi perkhidmatan secara menyeluruh.

Piagam Pelanggan

  • Anda adalah pelanggan kami:
    • Pihak pengurusan hospital
    • Polis di raja malaysia
    • Waris
    • Hospital
    • Institut pengajian tinggi awam / swasta
    • Jabatan kehakiman
    • Kedutaan dan suruhanjaya tinggi asing
    • Jabatan kebajikan masyarakat
    • Pertubuhan bukan kerajaan
    • Agensi-agensi kerajaan & bukan kerajaan
  • Anda akan dilayan secara profesional, jujur, mesra, hormat dan bertimbangrasa.
  • Setiap pelanggan boleh mendapatkan penjelasan dan nasihat mengenai perkhidmatan & prosedur kerja yang telah ditetapkan.
  • Segala maklumat dalam laporan bedah siasat akan dikendalikan dengan penuh rahsia dan sulit.
  • Memberi perkhidmatan 24 jam bagi urusan penerimaan mayat. Permohonan dan temujanji perlu dilakukan bagi urusan penyerahan mayat.
  • Kewajipan pelanggan
    • Untuk memastikan jabatan ini melaksanakan piagam ini dengan berkesan, pelanggan adalah berkewajipan untuk:
      • Mematuhi semua prosedur, undang-undang dan peraturan yang berkaitan
      • Bersikap profesional, hormat dan bersopan santun semasa berurusan di jabatan ini

Menggunakan segala kemudahan di jabatan ini dengan penuh tanggungjawab