KETUA JABATAN
Dr Billy Voon Wei Loong
1415
PENGENALAN
Unit Perolehan Organ Hospital (UPOH) Hospital Sultan Idris Shah, adalah antara 16 hospital fokus bagi aktiviti perolehan organ dan tisu di Malaysia . UPOH Hospital Sultan Idris Shah, Serdang telah ditubuhkan pada tahun Oktober 2019, melalui arahan Surat Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Bilangan 5/2019: PENGUKUHAN TADBIR URUS PERKHIDMATAN PEROLEHAN ORGAN DAN TISU KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA . Tujuan penubuhan ini adalah Unit Perolehan Organ Hospital (UPOH) mesti diwujudkan bagi menjalankan pengesanan kes berpotensi serta koordinasi proses perolehan organ dan tisu. Unit ini perlu melapor terus kepada Pengarah Hospital/Timbalan Pengarah Hospital.
Objektif
- Mempertingkatkan kadar pendermaan organ dan tisu di peringkat hospital masing-masing serta memastikan kelancaran proses rujukan dan proses perolehan organ dan tisu.
- Memantapkan proses klinikal dalam mengenalpasti kes berpotensi, perbincangan bersama ahli keluarga pesakit (family approach) dan bilangan penderma sebenar yang diperolehi (actual donor conversion).
- Memperbaiki pengurusan kes berpotensi bagi pendermaan organ termasuk pengurusan ahli keluarga ( hereaved family members).
- Mempertingkatkan motivasi dan komitmen anggota kesihatan yang terlibat di dalam aktiviti perolehan dan tisu kadaverik.
- Mempertingkatkan kerjasan dan komunikasi dua hala diantara jabatan yang terlibat di dalam aktiviti ini.
- Sebagai pusat maklumat yang berterusan kepada masyarakat mengenai pendermaan organ dan transplant peringkat Negeri Selangor.
- Menguruskan program kesedaran pendermaan organ seluruh Hospital Sultan Idris Shah, Serdang.
- Melaksanakan program kesedaran pendermaan organ dan transplantasi.
- Mendaftarkan dan menyimpan rekod pengikrar pendermaan organ ke dalam sistem rekod untuk tujuan rujukan.
- Menjalankan hubungan dengan pelbagai agensi bagi menyebarkan maklumat.
- Menjadi pusat rujukan pengendalian aktiviti pendermaan organ dan tisu di peringkat hospital kluster Klang Valley (KV) 4
Piagam Pelanggan
Malaysia akan menjadi sebuah Negara yang terdiri daripada individu dan masyarakat yang prihatin serta menerima konsep pendermaan organ dan tisu sesuai dengan hasrat kerajaan mewujudkan masyarakat penyayang.
Meningkatkan lagi kadar pendermaan organ supaya setiap warganegara yang memerlukannya akan menerima organ dan tisu dalam masa yang singkat.