PENGENALAN

Jabatan Ortopedik Hospital Sultan Idris Shah Serdang telah memulakan perkhidmatan seawal Hospital Sultan Idris Shah Serdang dibuka pada tahun 2005 yang berkonsepkan persekitaran teknologi maklumat iaitu Sistem Maklumat Hospital Bersepadu (THIS). Jabatan Ortopedik telah berkembang pesat seiring dengan jabatan-jabatan lain dari segi dan jumlah pesakit dalam, pesakit luar dan perkhidmatan yang diberikan.

Dengan kerjasama daripada Jabatan Ortopedik Universiti Putra Malaysia (UPM), Jabatan Ortopedik Hospital Sultan Idris Shah Serdang dapat memberi perkhidmatan dalam kebanyakan Bidang Subkepakaran Ortopedik .

Rawatan pesakit luar Jabatan Ortopedik adalah di Klinik Pakar di aras 2, sementara rawatan pesakit dalam adalah di Wad 7E (Lelaki), Wad 7F (Perempuan) di aras 7, Wad 5B (Pelbagai Disiplin Kanak-kanak) di aras 5 dan Wad 8B (Pelbagai Disiplin Kelas 1) di aras 8. Pembedahan pesakit Ortopedik dijalankan di Dewan Bedah Harian (Daycare) dan Dewan Bedah Umum (GOT) yang terletak di aras 4. 

Carta Organisasi


Objektif


Piagam Pelanggan