KETUA JABATAN
Suharzelim bin Abu Bakar
5303
PENGENALAN
Jabatan Farmasi Hospital Sultan Idris Shah Serdang telah ditubuhkan dan dibuka bersama Hospital Serdang pada tahun 2005. Ia bertindak sebagai jabatan sokongan yang memainkan peranan penting terutamanya perolehan dan pembekalan bagi ubat dan peralatan perubatan pakaibuang kepada unit-unit dan pesakit. Ketika itu, unit asas yang memberikan perkhidmatan farmaseutikal adalah stor perubatan, farmasi pesakit dalam dan farmasi pesakit luar sahaja.
Bermula dengan fungsi asas profesion farmasi iaitu perolehan dan pembekalan ubat, Jabatan Farmasi terus berkembang bagi memenuhi keperluan dan permintaan semasa. Perkembangan ini merangkumi perkhidmatan Farmasi Pesakit Dalam dan perkhidmatan Farmasi Pesakit Luar. Memandangkan Hospital Sultan Idris Shah Serdang adalah hospital rujukan bagi disiplin Kardiologi dan Nefrologi, tumpuan perkembangan Jabatan Farmasi juga seiring dengan perkembangan Hospital Sultan Idris Shah Serdang.
Kini, perkhidmatan Farmasi Pesakit Dalam mempunyai tambahan 2 satelit farmasi di samping Farmasi Bekalan Wad bagi membekalkan ubat secara Sistem Unit of Use (UOU) dan Unit Dose (UDS). Perkhidmatan Farmasi Wad kini mencakupi 6 disiplin dan 25 wad.
Bagi perkhidmatan Farmasi Pesakit Luar, Jabatan Farmasi kini berkembang dengan 2 satelit farmasi iaitu Satelit Farmasi Rawatan Harian dan Satelit Farmasi Kecemasan. Sehingga kini, perkhidmatan Farmasi Pesakit Luar menyediakan 5 perkhidmatan ambulatori Medication Therapy Adherence Clinic (MTAC) dan 4 perkhidmatan tambah nilai (Value added services).
Jabatan Farmasi telah berjaya menerima pengiktirafan Amalan Persekitaran Berkualiti 5S daripada Perbadanan Produktiviti Malaysia sejak 12 Mei 2011 dan berjaya untuk mengekalkan pengiktirafan ini selama 7 tahun berturut-turut.
Objektif
- Mewujudkan budaya kerja cemerlang dan persekitaran yang selamat.
- Memberikan perkhidmatan farmasi yang sistematik, berkesan, berkualiti dan selamat kepada pesakit dan pelanggan.
- Memberikan perkhidmatan farmasi klinikal secara profesional untuk meningkatkan kualiti penjagaan pesakit.
- Memastikan pengurusan perolehan dan bekalan dilaksanakan secara cekap, telus dan berintegriti.
- Melibatkan jabatan dalam aktiviti-aktiviti kajian yang berkaitan dengan perkhidmatan farmasi dan hospital bagi meningkatkan kualiti dan keberkesanan terapi ubat.
- Memastikan anggota menerima latihan dan pembelajaran secara berterusan.
Piagam Pelanggan
- Memastikan ubat-ubatan yang betul dibekalkan tidak melebihi 30 minit bagi preskripsi yang lengkap diterima.
- Memastikan pelanggan yang berdaftar dengan Sistem Temujanji Farmasi mendapat bekalan ubat susulan pada tarikh yang dijanjikan.
- Memastikan pembekalan ubat ke wad/unit bagi preskripsi/pesanan yang lengkap diterima dalam tempoh masa 1 hingga 4 jam dalam waktu pejabat
- Memberi khidmat maklumat ubat yang diperlukan kepada pertanyaan dengan tepat dan cepat.