KETUA UNIT
Dr Farhah Amalina binti Muhamad Ehsan
PENGENALAN
Unit ini telah diwujudkan dibawah Jabatan Rehabilitasi, Hospital Serdang pada Februari 2007. Unit ini telah berkembang dengan pesat nya sejak itu 17 tahun yang lalu.
Kini, unit ini mempunyai 6 orang pakar dan 21 orang pegawai perubatan, 2 ketua jururawat, 15 orang jururawat (11 menjaga wad 8D dan 4 menjaga klinik di HSIS & PJHS) dan seorange Pembantu Pegawai Perubatan di kedua-dua HSIS & PJHS, serta 3 orang juruteknik perubatan.
Perkhidmatan yang disediakan meliputi:
1. Program Rehabilitasi Kardiak (CRP) dan Pulmonologi (PRP) – CRP telah bermula pada 18.7.2007 dan PRP pada bulan Mei 2013. Ia telah berpindah ke Pusat Jantung Hospital Serdang sejak Disember 2023
2. Klinik Pesakit Luar Neurorehabilitasi, Rehabilitasi Amputee, rehabilitasi pediatrik, rehabilitasi musculoskeletal, pengurusan luka dan penjagaan kaki diabetik, rehabilitasi kecederaan spina, dan konsultasi bagi peralatan rehabilitasi.
3. Unit Orthotik telah bermula sejak 16 April 2007
Wad Rehabilitasi telah mula berfungsi pada 4 April 2011. dengan 8 katil dimana pesakit dalam dapat menerima rawatan intensif rehabilitasi. Wad 6G telah berpindah ke Wad 8D pada Disember 2018.
Seorang pakar rehabilitasi akan melakukan lawatan ke Hospital Cluster sejak tahun 2019 pada. Lawatan dibuat setiap hari Isnin minggu pertama dan ke-3. Pada masa kini lawatan hanya dibuat untuk Hospital Kajang. Seorang lagi pakar rehabilitasi telah menjadi ketua jabatan Hospital Cyberjaya sejak oktober tahun lepas.
Objektif
Menyediakan perkhidmatan perubatan rehabilitasi yang komprehensif dan bersepadu mengikut keperluan pelanggan untuk mencapai kefungsian dan kualiti hidup yang maksima
Piagam Pelanggan
Memberi perkhidmatan secara professional, mesra dan menyeluruh
· Mengamalkan penggunaan teknologi yang berpatutan sejajar dengan keperluan semasa pelanggan
· Memastikan pelanggan menerima rawatan dalam masa 60 minit
· Memastikan pelanggan memahami proses perawatan dan menetapkan matlamat rawatan yang dipersetujui bersama