KETUA JABATAN
Dr. Mohamad bin Doi
5300
PENGENALAN
Jabatan Otorinolaringologi merupakan salah satu di antara jabatan-jabatan di Hospital Sultan Idris Shah Serdang yang merupakan hospital terbesar di kawasan ini. Jabatan ini memberikan perkhidmatan Telinga, Hidung dan Tekak serta yang berkaitan. Ia terletak di Aras 3 di kawasan klinik pakar di sebelah timur (east wing) bangunan hospital.
Perkhidmatan Telinga, Hidung dan Tekak merangkumi rawatan kecemasan dan trauma yang melibatkan bahagian Telinga, Hidung dan Tekak serta bahagian-bahagian yang berkaitan. Rawatan komprehensif yang diberikan oleh jabatan ini merangkumi penentuan penyakit serta rawatan dan pemulihan kepada semua pesakit yang mempunyai masalah Telinga, Hidung dan Tekak Kami memberi khidmat rawatan berkenaan kepada penduduk di sekitar Serdang, Putrajaya, Sepang, Bangi, Kajang, Puchong dan sekitarnya.
Kakitangan jabatan ini terdiri daripada Pakar Otorinolaringologi, Pegawai-pegawai Perubatan, Pegawai Pemulihan Perubatan (Pendengaran), Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan), Pembantu Perubatan, Jururawat Terlatih, Jururawat Masyarakat serta Atendan Kesihatan. Jabatan ini dibina dan dilengkapi dengan peralatan moden agar dapat memberi sumbangan perkhidmatan Telinga, Hidung dan Tekak kepada pesakit-pesakit. Jabatan ini dibina dan dilengkapi dengan peralatan moden agar dapat memberi sumbangan perkhidmatan Telinga, Hidung dan Tekak yang terkini berdasarkan:
Penggunaan sepenuhnya sistem teknologi maklumat di dalam perawatan dan pengendalian pesakit (Total Hospital Information System).
Penghasilan keadaan persekitaran yang mesra dan selesa untuk pesakit dan kakitangan Jabatan Telinga, Hidung dan Tekak khasnya dan kakitangan hospital amnya.
Penyediaan kemudahan-kemudahan untuk pembelajaran perubatan (medical education) dan penyelidikan perubatan (health research).
Kerjasama dan penglibatan yang aktif dengan agensi-agensi kesihatan yang lain di dalam mempromosi perkhidmatan Telinga, Hidung dan Tekak yang berkualiti.
Objektif
Untuk menyediakan perkhidmatan kepakaran Otorinolaringologi, merangkumi aspek-aspek klinikal dan rehabilitasi yang selamat, berkesan dan berkualiti kepada pesakit yang mempunyai masalah berkaitan telinga, hidung, tekak dan kepala leher agar morbiditi dan mortaliti serta komplikasi penyakit dapat di kurangkan.
Piagam Pelanggan
1. Pendaftaran
- Pesakit yang dirujuk dari Jabatan Kemalangan & Kecemasan akan diberi keutamaan pendaftaran & rawatan
- Menerima pesakit luar dengan rujukan & temujanji sahaja.
- Pesakit yang datang dengan rujukan biasa akan didaftarkan dan akan dipanggil dalam tempoh 90 minit selepas pendaftaran
2. Rawatan
- Setiap pelanggan akan diberi
- Penilaian am
- Rawatan telinga, hidung & tekak
- Penilaian tahap pendengaran (jika perlu)
- Prosedur kecil (jika perlu)
- Prosedur invasif (jika perlu)
3. Perkhidmatan
- Setiap pelanggan akan dilayan dengan penuh mesra, bertimbang rasa, hormat dan ikhlas.
- Pesakit diberi penerangan sewajarnya mengenai prosedur, bayaran serta rawatan alternatif daripada petugas kaunter & anggota perubatan.
- Pesakit yang memerlukan ubat-ubatan bagi masalah telinga, hidung & tekak akan diberi preskripsi ubat yang perlu diambil di farmasi Hospital Serdang
- Pesakit boleh memohon salinan laporan perubatan mengikut prosedur yang telah ditetapkan
4. Tanggungjawab pelanggan
- Menyediakan dokumen sokongan yang diperlukan – Surat Rujukan, Surat Jaminan Jabatan & dokumen pengenalan diri.
- Memberi maklumat tepat mengenai alamat rumah, majikan, nombor telefon dan sebagainya kepada petugas kaunter ORL sewaktu mendaftar.
- Memahami bahawa keutaman perkhidmatan dan rawatan akan diberikan dahulu kepada pesakit yang berada dalam kategori berikut;
- Pesakit yang berada dalam keuzuran/kecemasan.
- Pesakit yang dirujuk terus dari Jabatan Kecemasan /Wad
- Pesakit yang dirujuk terus dari Pegawai/ Pakar Perubatan ORL
- Warga emas (umur 60 tahun ke atas)
- Orang kelainan upaya (OKU)
- Bayi dan kanak-kanak
- Mematuhi semua protokol dan peraturan klinik & wad ORL Hospital Serdang.
- Menggunakan kemudahan yang disediakan di klinik dan wad dengan bijak dan berhemah