KETUA JABATAN
Dr Nor Hasmirra binti Zainal Abidin
1402
PENGENALAN
Secara umumnya, Pasukan Penjagaan Luka Hospital telah ditubuhkan pada tahun 2017, manakala Jawatankuasa Penjagaan Luka Hospital ditubuhkan pada 19 Mac 2018 melalui Surat Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan Bilangan 10 Tahun 2011.Pada awal penubuhan, ia merupakan satu pasukan yang ditubuhkan di bawah Jabatan Ortopedik dan beroperasi secara sementara di Klinik Ortopedik Pada hujung tahun 2018, pasukan ini diberikan tempat baru bagi menjalankan dan meluaskan khidmat penjagaan luka dan membentuk satu unit yang terdiri daripada Pegawai Perubatan, Penolong Pegawai Perubatan, Jururawat serta seorang Pakar yang bertindak sebagai Penasihat Teknikal.
Unit Penjagaan Luka ditubuhkan bagi meningkatkan kualiti penjagaan luka, menggunakan konsep modern wound dressing ke atas pesakit yang memenuhi kriteria rujukan .Unit Penjagaan Luka merupakan unit sokongan dan Klinik Penjagaan Luka merupakan sebuah klinik prosedur (modern dressing) yang hanya menerima pesakit rujukan seperti kriteria yang ditetapkan Jabatan Kesihatan Negeri.
SKOP PERKHIDMATAN
Skop perkhidmatan Unit Penjagaan Luka Hospital Sultan Idris Shah, Serdang adalah memberikan rawatan sokongan dalam penjagaan luka kronik dan non healing wound atas rujukan seperti tertera dalam kriteria rujukan, menggunakan konsep modern wound dressing.
Perkhidmatan yang disediakan:
1. Penjagaan luka pesakit luar.
2. Penjagaan luka pesakit dalam.
SKOP KERJA
I. Klinik penjagaan luka beroperasi pada setiap hari bekerja dan hanya menerima kes rujukan sahaja
II. Rawatan pesakit dalam secara berkala mengikut ketetapan
III. Menerima rujukan kes daripada Pegawai Perubatan/ Pakar Klinikal melalui panggilan telefon pada waktu bekerja dan menerima kes rujukan pesakit yang berada dalam keadaan klinikal yang stabil.
IV. Memberi rawatan kepada pesakit yang memenuhi kriteria rujukan
Objektif
Piagam Pelanggan