KETUA JABATAN
Datuk Dr. Abdul Kahar Bin
Abdul Ghapar
1981
PENGENALAN
Jabatan Kardiologi adalah salah satu jabatan yang memberikan perkhidmatan tertiari iaitu perkhidmatan subkepakaran perawatan jantung. Memandangkan Hospital Sultan Idris Shah Serdang ialah Pusat Jantung Kementerian Kesihatan Malaysia yang terletak di Lembah Kelang, liputan Jabatan ini merangkumi lebih 10 juta penduduk. Perkhidmatan yang disediakan merangkumi Perkhidmatan Pesakit Luar, Pesakit Dalam dan Rawatan Harian.
Perkhidmatan pesakit luar ialah di Klinik Pakar Kardiologi dan Makmal Non-Invasif Kardiologi (NICL). Perkhidmatan Pesakit Dalam ialah di Makmal Invasif Kardiologi (ICL), Unit Rawatan Koronari (CCU), Wad Dependensi Tinggi Jantung (CHDW) dan Wad Kardiologi 6E. Perkhidmatan Rawatan Harian ialah di Wad Rawatan Harian Kardiologi.
Memandangkan liputan perkhidmatan yang luas di Lembah Kelang dengan beban penyakit jantung yang tinggi di kalangan rakyat, beban kerja Jabatan adalah amat tinggi. Setiap hari Klinik Kardiologi dan Makmal Non-Invasif Kardiologi merawat sehingga 250 orang pesakit dan Makmal Invasif menjalankan rawatan invasif termasuk Angiogram dan Angioplasti Koronari ke atas 25-30 orang pesakit. Ini adalah beban kerja pusat jantung yang kedua tertinggi selepas Institut Jantung Negara. Walau bagaimanapun tenaga kepakaran adalah lebih terhad dengan hanya dua orang pakar perunding dan lima orang pakar klinikal.
Objektif
Piagam Pelanggan
- Setiap pelanggan akan diberi perkhidmatan yang cekapdan berkualiti oleh staf yang mahir.
- Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra,bertimbangrasa, hormat, bersopan santun, jujur dan ikhlas.
- Setiap pelanggan akan diberi penerangan mengenai prosedur dan rawatan termasuk risiko dan pilihan lain.
- Memastikan setiap pelanggan akan diberi “privacy” dan jaminan bahawa maruah akan terpelihara semasa menerima rawatan.
- Segala maklumat mengenai pesakit dan rawatannya akan dirahsiakan dan hanya boleh diberitahu kepada pihak tertentu dengan keizinan tertakluk kepada undang-undang