PENGENALAN

Unit Terapi Cara Kerja Hospital Sultan Idris Shah Serdang (HSIS) merupakan sebuah unit yang bernaung di bawah Jabatan Rehabilitasi. Unit Terapi Cara Kerja terletak di Aras 2 Hospital Sultan Idris Shah Serdang Serdang di dalam Jabatan Rehabilitasi bersebelahan dengan Unit Fisioterapi.

Unit Terapi Cara Kerja diketuai oleh seorang Pegawai Pemulihan Perubatan (Cara Kerja) Gred U48 yang bertindak sebagai Ketua Unit. Secara keseluruhannya, Unit Terapi Cara Kerja mempunyai 19 Ahli Terapi Cara Kerja yang terdiri daripada Jurupulih Perubatan (Cara Kerja) dan Pegawai Pemulihan Perubatan (Cara Kerja). Unit Terapi Cara Kerja memberikan perkhidmatan kepada pesakit luar dan dalam termasuk di Pusat Jantung HSIS dalam menjalankan Program Rehabilitasi Kardiak, Pulmonary.

Unit Terapi Cara Kerja menawarkan perkhidmatan pemulihan yang komprehensif kepada pesakit – pesakit dari berbagai kondisi dan  matlamat utama Pemulihan Carakerja adalah menggalakkan pelanggan-pelanggan kami berdikari dan berfungsi dalam kehidupan seharian mereka secara optima.

MISI

Memastikan perkhidmatan Pemulihan Carakerja diberi oleh kakitangan yang berkepakaran dan kompeten sejajar dengan perkembangan teknologi serta mengalakkan perlanjutan kepakaran klinikal dan mencapai kompetensi profesional yang tinggi untuk memastikan kualiti rawatan

VISI

Bahagian Pemulihan Carakerja Hospital Serdang menyokong visi Hospital Serdang menjadi pusat cemerlang, di mana penyertaan perkhidmatan Pemulihan Perubatan Carakerja memainkan pengaruh yang dibanggakan untuk menyumbang ke arah kecemerlangan penjagaan kesihatan melalui kewajiban bersama kepada profesion, organisasi, institusi dan juga dedikasi kepada kebajikan dan maruah manusia.

Carta Organisasi

cartaunitpemulihancarakerja

Objektif

Memberi perawatan pemulihan carakerja bagi membantu  pesakit mencapai tahap pemulihan yang optima supaya boleh menjalani aktiviti harian secara berdikari.

Piagam Pelanggan

  1. Menyediakan perkhidmatan yang terkini , beretika , berkualiti,  nilai-nilai budaya korporat , tepat , cekap dan berkesan kepada semua pelanggan–pelanggan di hospital dan komuniti.

  2. Memastikan  kakitangan meningkatkan kompetensi diri dan pembangunan insan  melalui CME dan CPD yang berterusan.

  3. Mempromosi, mengembalikan , meningkatkan , memulihkan , mengukuhkan kefungsian fizikal dan mental individu yang mengalami kecacatan, kecederaan , kelemahan melalui aktiviti  khusus yang terpilih.